Manchester United menruskan tekanan kepada Leicester dan Chelsea dalam perlumbaan untuk kelayakan Liga Juara-Juara dengan kemenangan 2-0 di Crystal Palace.
Skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer berjaya melepasi cabaran getir daripada Palace.
Marcus Rashford membuka jaringan pada babak pertama sebelum Anthony Martial melengkapkan kemenangan United dengan baki 12 minit aksi di selatan London.
The Red Devils kini kembali terikat mata dengan Leicester dan ketinggalan satu mata di belakang Chelsea – sebelum menghadapi The Blues dalam aksi separuh akhir Piala FA pada hari Ahad.
Palace memiliki satu gol yang ditarik semula oleh VAR selepas Jordan Ayew ofsaid hanya dengan margin sangat sedikit.
Another lucky VAR call for Manchester United? 🧐 pic.twitter.com/v86DHqfvIn
— GOAL (@goal) July 16, 2020
Palace mahukan penalti seminit sebelum separuh masa pertama ketika Zaha mendakwa beliau dijatuhkan Victor Lindelof.
Selepas insiden itulah Rashford menjaringkan gol menerusi gerakan dan penyudah yang sangat tenang.
Kapten Palace, Luka Milivojevic menguji De Gea menerusi sepakan percuma pada penghujung babak pertama.
David De Gea turut menafikan percubaan jarak dekat Zaha pada separuh masa kedua selepas kelekaan pertahanan Man United.
🧤 David De Gea has kept his 112th PL clean sheet for Man Utd, equalling Peter Schmeichel’s club record in the comp
🥅 Most PL clean sheets for Man Utd:
112 David De Gea (311 apps)
112 Peter Schmeichel (252)
90 Edwin van der Sar (186)
30 Fabien Barthez (92)
24 Roy Carroll (49) pic.twitter.com/uwGPU4pyvT— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) July 16, 2020
Red Devils memastikan mereka membawa pulang 3 mata selepas Martial menjaringkan gol kedua pasukan mereka pada minit akhir perlawanan.
BIG win on the road ✔️#MUFC #CRYMUN @Chevrolet
— Manchester United (@ManUtd) July 16, 2020
Manchester United kini masih tak kalah dalam 19 perlawanan terakhir mereka.
Baca juga perkembangan lain