Manchester City akhirnya berjaya menang kes rayuan ke atas hukuman digantung dua tahun daripada UCL/UEL.
Perkara itu disahkan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan Antarabangsa (CAS) pada hari ini.
Sebelum ini Man City digantung dua tahun kerana melanggar regulasi pelesenan kelab dan financial fair play oleh UEFA.
Man City dengan konsisten menafikan salah laku mereka dan membawa kes ini ke CAS.
UEFA takes note of the decision taken by the Court of Arbitration for Sport to reduce the sanction imposed on Manchester City FC…
— UEFA (@UEFA) July 13, 2020
Dengan keputusan CAS ini maka Man City boleh bermain di UCL seperti biasa. Dan impak kepada slot empat teratas adalah tidak berubah.
UEFA dalam kenyataan mereka berkata:
“UEFA sudah sedia maklum akan keputusan yang diambil oleh Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa, berkaitan hukuman ke atas Manchester City selepas dikenakan hukuman oleh badan bebas Club Financial Control Body / CFCB berkaitan pelesenan dan Financial Fair Play.”
“UEFA difahamkan bahawa panel CAS mendapati kekurangan bukti konklusif untuk menguatkan semua hujah daripada CFCB dalam kes spesifik berkaitan dengan tuduhan salah laku dalam masa lima tahun.”
“Dalam beberapa tahun ini Financial Fair Play telah memainkan peranan yang sangat signifikan di dalam membantu dan melindungi kelab dari segi kewangan.”
“UEFA dan ECA akan kekal komited dengan perkara tersebut.”
Aku sini pastinya melegakan Manchester City dan sebelum ini risau penggantungan akan membuatkan beberapa pemain bintang mereka angkat kaki.
Baca juga perkembangan lain
Nasib Man City Diketahui Isnin Ini, Dijangka Bakal Terlepas Dari Hukuman