Pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone menyatakan beliau tak terkejut dengan berita Jan Oblak menjadi sasaran pasukan lain.

Ini selepas Oblak dikaitkan dengan minat daripada Chelsea.

Oblak sudah bertahun tahun berada dalam kelompok elit penjaga gol. Beliau hanya melepaskan 26 gol daripada 36 penampilan.

Beliau membantu Atletico sekali lagi menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas.

Chelsea memerlukan khidmat Oblak. Kerana pemain itu memiliki rekod konsistensi yang baik berbanding dengan penjaga gol mereka ketika ini Kepa Arrizabalaga yang menjadi penjaga gol paling bocor di kalangan pasukan 10 teratas.

Chelsea memiliki hubungan yang baik dengan Atletico Madrid dalam jendela perpindahan.

Mereka mencadangkan pembelian dengan menyertakan pemain – iaitu Kepa Arrizabalaga – dalam perjanjian mendapatkan Jan Oblak,

Simeone berkata: “Saya tak terkejut langsung, setiap tahun apa yang penting para pemain kami dikehendaki pasukan terbaik di dunia.”

“Ini normal – sentiasa mencari yang terbaik dan kami ada ramai. Ada yang meninggalkan kami dan ada yang memutuskan untuk terus kekal.”

“Ianya benda yang logik dan normal untuk mana mana pasukan di dunia ini mahukan Oblak. Dia adalah kapten kami dan paling penting, Oblak adalah pemain kami.”

“Kami terus meletakkan harapan kepada kerja kerasnya, di mana ia membantu menaikkan Atleti.”

954124606

Ditanya adakah ia petanda Oblak bakal dijual? Simeone menegaskan: “Saya ulang lagi benda yang sama. Ianya normal kalau mereka mahukan penjaga gol dengan karakter dan nilai seperti Oblak.”

“Tak mengejukan saya langsung. Beliau pemain yang decisive dan pemain penting kami di bilik persalinan dalam beberapa tahun ini. Beliau terlibat dalam semua perkara, sebagai penjaga gol dan pemain dalam pasukan.”

Baca juga perkembangan lain

Arsenal Tamatkan Aspirasi 100 Mata Liverpool

‘Saya Tinggalkan United Kerana De Gea Khianati Saya’

TERKINI: CAS Tolak Hukuman UEFA, Man City Tidak Bersalah