Pendahulu Austrian Bundesliga – LASK Linz telah ditolak 12 mata setelah kelab itu dihukum kerana melanggar undang-undang penjarakan sosial.

Kesannya, pasukan itu tidak lagi berada di puncak liga. LASK melanggar peraturan keselamatan berkaitan Covid-19 semasa latihan menjelang liga dimulakan semula pada 2 Jun dengan memulakan sesi kontak penuh ketika kelab hanya dibenarkan berlatih dalam kumpulan kecil.

Pada hari Khamis pengurusan liga mendedahkan bahawa kelab itu akan ditolak 12 mata untuk semua pelanggaran mereka.

Tetapi dengan liga terbahagi kepada dua bahagian mereka telah ditolak hanya enam mata serta denda €75,000.

Enam mata yang diambil daripada mereka sekarang bermakna LASK kini tiga mata di belakang Red Bull Salzburg dalam carta liga. LASK berada di tangga kedua.

Dua minggu lalu, 11 kelab lain dalam liga mengeluarkan kenyataan sebulat suara untuk meminta liga mengenakan tindakan ke atas LASK kerana perlanggaran yang mereka lalukan.

LASK telah mengeluarkan kenyataan dengan mendakwa bahawa mereka adalah mangsa kepada ‘pengintipan industri’. Mereka yakin pengintipan itu turut dibuat sebelum covid-19 melanda lagi.

Dalam satu kenyataan pada hari Khamis kelab itu mengatakan mereka akan mengajukan rayuan ke atas keputusan Liga Austria.

https://twitter.com/E9ja_update/status/1266521376388796416

LASK menyatakan: “Kami sudah menerima keputusan secara lisan daripada Senat 1. Setelah menilai keputusan ini, kami memutuskan untuk membangkitkan perkara ini kepada jawatankuasa bantahan Bundesliga.”

“Secara khusus, kami menganggap sekatan yang dinyatakan dalam penghakiman itu adalah pemotongan 12 mata sebelum mata dibahagikan dan pembayaran penalti €75,000 sebagai tindakan tidak profesional.”

“Oleh itu, kami telah menggunakan hak kami dan segera memprotes penghakiman yang melampau itu.”

Ada 10 lagi baki perlawanan liga ketika ia kembali disambung pada awal bulan depan, dan LASK akan berharap mereka akan dapat menewaskan RB Salzburg dalam persaingan liga.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Analisis: Kai Havertz, Permata Baharu Jerman Yang Terus Menjadi Sasaran Kelab Elit

Kelab Paling Bernilai: United Di Belakang Real Madrid, Liverpool Catat Peningkatan Mendadak

Analisis Der Klassiker: Pendekatan Bayern Berisiko Tetapi BvB Terlalu Tumpul