Kai Havertz menjaringkan gol kelima dalam empat perlawanan sejak kembalinya Bundesliga untuk memberikan kemenangan 1-0 kepada Bayer Leverkusen menentang Freiburg.
Pemain muda Jerman itu kekal sebagai salah seorang pemain muda yang paling menyerlah dalam bola sepak Eropah musim ini.
Pemain yang berusia 20 tahun seolah olah tidak mampu dihentikan pada ketika ini.
Havertz yang memulakan karier bermain dengan Alemannia Mariadorf sebelum menandatangani kontrak dengan Alemannia Aachen.
Beliau kemudiannya menghabiskan satu musim dengan kelab divisyen dua sebelum menandatangani kontrak dengan Bayer Leverkusen, berusia 11 tahun.
Semasa di akademi Leverkusen, beliau juga bermain untuk pasukan B-16 dan B-17 Jerman dan pada masa itu sudah menunjukkan kemampuannya.
Selepas bertahun-tahun berlalu, remaja itu terus mengembangkan kemahirannya dan mindset beliau untuk membangun menjadi pemain tengah ofensif yang elit.
Kerja keras itu terbayar apabila pada 15 Oktober 2016, beliau membuat debut pasukan pertamanya, sebagai pengganti Charles Aranguiz.
Pada usia 17 tahun, Havertz melihat impiannya untuk bermain di Bundesliga menjadi kenyataan, dan beliau tidak menoleh ke belakang lagi, menjadi salah seorang pemain yang paling banyak dibincangkan dalam bola sepak dunia dalam beberapa musim kebelakangan ini.
Walaupun persembahan Jadon Sancho dan Timo Werner musim ini telah menimbulkan banyak khabar angin perpindahan, Kai Havertz juga tidak kurang hebatnya dalam menimbulkan minat banyak pasukan elit kepadanya.
Terus meningkat
Dalam empat musim bersama Leverkusen, beliau telah mencatat rekod untuk dirinya dengan kemampuan membaca permainan beliau yang tinggi.
Walaupun pada usia muda, Havertz mengembangkan kemahiran dengan cepat. Bermula sebagai No. 10, beliau telah menjadi pemain serba boleh yang boleh bermain di lini tengah dan bahkan di depan sebagai penyerang atau 9 jadian / false 9.
Kai Havertz the hero for Bayer Leverkusen again, who move up to third in the Bundesliga ⬆#SCFB04 pic.twitter.com/ckLkTgTDHB
— GOAL (@goal) May 29, 2020
Beliau boleh mencipta dan menjaringkan gol, dan juga pemain teknikal yang sangat baik, serta memiliki keupayaan menggunakan kedua dua belah kakinya dengan sangat baik.
Kai Havertz adalah ancaman bagi pertahanan lawan dengan hantaran awalnya di kawasan yang padat dan juga seorang pemain yang mempunyai kemampuan yang sangat baik dalam membuat keputusan akhir.
Sejak kembalinya Bundesliga, tiga daripada lima gol beliau tersebut telah menjadi gol kemenangan. Kini beliau hanya perlu fokus kepada usaha untuk kekal konsisten untuk berada di peringkat tertinggi.
Sasaran kelab elit
Pemain tengah itu telah meningkatkan permainannya ke tahap yang lebih tinggi pada tahun ini, membuatkan beliau telah menarik minat beberapa kelab di seluruh Eropah.
Tidak hairanlah jika selepas ini pemain muda ini akan menyarung jersi pasukan seperti FC Bayern, Real Madrid, Barcelona, dan Liverpool yang dikatakan sedang mengejar tandatangannya, tetapi Leverkusen pastinya tidak akan menjual murah.
Tahun lalu adalah musim yang dianggap terbaik di dalam karier Havertz ketika beliau menjaringkan 17 gol dalam 34 penampilan di Bundesliga.
Musim ini beliau telah menikmati satu lagi kempen yang cemerlang, dengan 11 gol dalam 25 penampilan.
Selain itu, tidak ada pemain yang menjaringkan lebih daripada 35 gol sebelum mencapai usia 21 tahun di dalam Bundesliga seperti yang dilakukan oleh Havertz.
35 goals at the age of 20.
Kai Havertz is the highest scoring Bundesliga player EVER before his 21st birthday.
The Crown Prince of German football 👑 pic.twitter.com/gQvZGkjomt
— B/R Football (@brfootball) May 29, 2020
Dan beliau tidak menunjukkan tanda-tanda beliau akan memperlahankan dirinya daripada meledak gol, seperti yang ditunjukkannya ketikamenentang Freiburg.
Kesemua itu terhasil kerana kerja keras dan dedikasinya. Selain daripada disiplin yang tinggi ketika di pusat latihan.