Nama Jesse Lingard kembali menjadi bualan para peminat.

Ini apabila pemain kebangsaan England itu menjaringkan gol dalam aksi kedua Man United berhadapan dengan LASK.

Dalam perlawanan pertama United menang 5-0. Jadi inilah peluang untuk Ole Gunnar Solskjaer memberikan rehat kepada beberapa pemainnya.

Anthony Martial menjadi penjaring gol kemenangan lewat di Old Trafford untuk menghantar Manchester United ke suku akhir Liga Europa dengan kemenangan agregat 7-1 ke atas pasukan Austria, LASK.

United menang 2-1 pada aksi malam tadi, dengan gol pemain gantian Martial menambah gol penyamaan oleh Jesse Lingard yang muncul hanya tiga minit selepas LASK mendahului Philipp Wiesinger pada babak kedua.

Pasukan pelawat jelas sekali bermain dengan semangat juang yang tinggi. Dan mereka terlebih dahulu di hadapan.

Tandukan Andreas Andrade singgah di palang gol pada minit ke-9.

United mempunyai dua peluang terbaik pada awal perlawanan tetapi Scott McTominay dan Ighalo terlalu lama untuk melepaskan percubaan.

LASK kemudian kelihatan keletihan dan Man United mulai menguasai perlawanan pada babak pertama, namun Red Devils gagal mencetak gol.

LASK, kemudian meletakkan diri mereka di hadapan pada minit ke-54 menerusi Philipp Wiesinger.

Namun pendahuluan itu hanya yiga minit setelah Lingard  menyamakan kedudukan dengan satu larian solo dan menewaskan penjaga gol di near post.

Eer9wFOXsAIpRj2

Martial yang dibawa masuk pada separuh masa kedua telah memastikan United menamatkan perlawanan dengan gol kemenangan pada minit ke-87. Sekaligus memastikan United menang secara agregat 7-1.

Kemenangan ini memastikan pemburuan piala terakhir untuk United diteruskan.

https://youtu.be/emUkYt2vrFk

Jesse Lingard telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.