Manchester United kini menjadi kelab kedua paling bernilai menurut laporan tahunan kelima oleh KPMG.

Real Madrid berada di tangga teratas sebagai kelab yang paling bernilai.

Barcelona memintas Bayern Munich untuk berada di tangga ketiga.

Man United kekal berada di tangga yang sama seperti tahun lalu. Man United perlu untuk mara ke kejohanan seperti Liga Juara Juara Eropah untuk memastikan mereka kembali menjadi kelab paling bernilai.

Namun begitu, Liverpool telah memintas Chelsea dan Man City untuk berada di tangga kelima.

Peningkatan nilai pada Liverpool selepas kejayaan menjuarai UCL, Piala Super Eropah, Piala Dunia Kelab dan peningkatan pada harga pemain mereka.

Dua lagi kelab Inggeris yang berada dalam senarai 10 teratas adalah Arsenal dan Tottenham Hotspur.

Dari segi peratusan peningkatan nilai, Liverpool naik paling tinggi dengan 19.3% daripada nilai sebelum ini.

Man United walaupun berada di tangga kedua, mereka satu satunya pasukan di 5 teratas mencatatkan susut harga dengan penurunan -2% daripada nilai sebelum ini.

Arsenal berdepan dengan susut harga nilai kelab mereka dengan teruk iaitu sebanyak -13.2%.

Berikut adalah senarai 10 teratas untuk kelab paling bernilai di dunia pada ketika ini:

1. Real Madrid (unchanged) – £2.95bn (+1.5%)

2. Manchester United (kekal) – £2.84bn (-2%)

3. Barcelona (+1) – £2.71bn (+12.2%)

4. Bayern Munich (-1) – £2.44bn (+0.4%)

5. Liverpool (+2) – £2.26bn (+19.3%)

6. Manchester City (-1) – £2.21bn (-0.3%)

7. Chelsea (-1) – £1.88bn (-6.3%)

8. Tottenham Hotspur (+1) – £1.75bn (+15.8%)

9. Paris Saint-Germain (+2) – £1.62bn (+36.7%)

10. Arsenal (-2) – £1.57bn (-13.2%)

KPMG menegaskan bahawa kesemua kiraan itu adalah sebelum COVID-19 melanda.

Nilai pasaran kesemua kelab pasti banyak berubah dalam laporan yang akan datang.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

RASMI: Serie A Kembali Semula 20 Jun

RASMI: EPL Sambung Semula 17 Jun Ini

Analisis Der Klassiker: Pendekatan Bayern Berisiko Tetapi BvB Terlalu Tumpul