Liga Perdana Inggeris akhirnya memutuskan bahawa tarikh sambungan liga adalah pada 17 Jun.
Kesemua baki perlawanan diwar-warkan akan ditamatkan dalam masa 6 minggu.
Kesemua rakan kongsi dalam Liga Perdana Inggeris masih membincangkan akan idea yang lain berkaitan dengan restart itu.
Namun dalam pertemuan pada hari Khamis, tetapi difahamkan semua telah bersetuju secara prinsipal setakat ini berkenaan dengan tarikh liga disambung semula.
Masih ada baki 92 perlawanan yang belum dimainkan sejak liga digantung.
THE PREMIER LEAGUE WILL RESTART ON 17 JUNE.
Full story ➡ https://t.co/eY81UffpPK #bbcfootball #EPL pic.twitter.com/uc6QrC4JEk
— BBC Sport (@BBCSport) May 28, 2020
Liga Perdana Inggeris telah ditangguhkan pada 13 Mac kerana wabak koronavirus ataupun selepas aksi kemenangan 4-0 Leicester City ke atas Aston Villa pada 9 Mac.
Seperti yang semua sedia maklum, aksi sambungan akan diadakan dengan prosedur kesihatan yang ketat dan aksi di dalam stadium kosong.
Pada hari Rabu lalu, wakil wakil kelab sebulat suara memilih untuk meneruskan latihan kontak, setelah memulakan latihan tanpa kontak pada minggu lalu.
Setakat ini 12 orang telah disahkan positif koronavirus setelah 2,752 ujian dilakukan dalam EPL.
Kesemua mereka yang positif itu dikuarantin untuk seminggu.
Pemain dan kakitangan Liga Perdana Inggeris akan terus diuji dua kali seminggu, dengan kapasiti meningkat dari 50 menjadi 60 ujian setiap kelab bagi ujian pusingan keempat.
Rancangan untuk fasa ketiga Projek Restart merangkumi langkah ke arah latihan biasa dan peningkatan permainan yang kompetitif.
Liverpool kini berada di kedudukan teratas dengan 25 mata sementara Bournemouth, Aston Villa dan Norwich City berada di tempat penyingkiran.
Baca juga perkembangan lain
Analisis Der Klassiker: Pendekatan Bayern Berisiko Tetapi BvB Terlalu Tumpul
Saksikan Detik Werner Cuak, Rakan Lupa Penjarakan Sosial Ketika Rai Gol
Pengarah Sukan Inter Sahkan Barcelona Hubungi Mereka Untuk Lautaro