Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) semalam mengumumkan lanjutan kontrak dengan syarikat penerbit permainan video dari Jepun, Konami Digital Entertainment Co selama 4 tahun. Ia turut merangkumi hak penajaaan dan pelesenan global untuk pertandingan melibatkan pasukan kebangsaan dan kelab-kelab Asia.
Peminat bola sepak Asia berpeluang menikmati permainan bola sepak Piala Asia AFC 2023 dalam Pro Evolution Soccer (PES) dengan menggunakan pasukan kebangsaan masing-masing dan juga pertandingan AFC Champions League yang akan diperbaharui dengan format berbeza serta penampilan baharu.
Malah, akan terdapat mod baharu dimana para peminat akan bermain dalam kelayakan Piala Dunia 2022 Qatar sehingga mara ke Piala Asia 2023 China.
PES kini semakin popular dan menjadi pilihan utama pengendali Liga Jepun, China, Thailand dan Indonesia dalam menganjurkan kejohanan e-Sukan (Football e-League) yang melibatkan kelab-kelab bola sepak profesional.
Setiausaha agung AFC, Datuk Windsor John menyambut baik kerjasama dengan KONAMI untuk mendekatkan para peminat kepada bola sepak Asia melalui industri e-Sukan.
“Kami gembira bukan sahaja dapat memperbaharui kontrak tetapi memperluaskan perjanjian perkongsian kami dengan KONAMI, jenama ikonik Asia dalam industri e-gaming dengan kejayaan selama beberapa dekad.
“Kesepakatan ini menunjukkan daya tarikan dan kedudukan luar biasa dari pertandingan AFC dan populariti global e-gaming dalam kalangan peminat bola sepak. Kami berharap dapat melihat lebih banyak pertandingan kami tersedia dalam produk KONAMI untuk kepuasan para peminat yang cukup bersemangat,” katanya dalam satu kenyataan.
AFC and @Konami extend the partnership for 4️⃣ more years!
This will enable gamers to play the #AsianCup2023, #AsianQualifiers and #ACL in Konami’s wide portfolio of football games!
👉 https://t.co/LO2oDpW8w3 pic.twitter.com/2Cu9kZw3f1
— #ACL (@TheAFCCL) January 25, 2021
PES mula menjadi pencabar terkuat satu lagi permainan video bola sepak keluaran EA Sports iaitu FIFA pada tahun 1996 dengan menggunakan nama Winning Eleven untuk pasaran Asia.
Sejak itu, PES dan FIFA sentiasa bersaing hebat mempromosi gaya permainan mereka namun PES tewas dari segi perlesenan pasukan dimana EA Sports telah monopoli hak perlesenan beberapa liga utama di dunia.
JDT merupakan satu-satunya kelab dari Liga Malaysia yang membuat kemunculan dalam permainan video itu. Sejak tahun 2014, Konami sentiasa menampilkan 32 pasukan terbaik dari seluruh Asia yang berjaya layak ke peringkat kumpulan secara merit di AFC Champions League.
Baca artikel lain mengenai permainan video Pro Evolution Soccer (PES) melalui pautan dibawah.
JDT Sah Kelab Pertama Malaysia Tampil Dalam Pro Evolution Soccer
Lima Sebab Kenapa Permainan Video PES 2021 Jadi Pilihan Peminat Bola Sepak Asia
JDT Buat Kemunculan Kedua Dalam Permainan Video Pro Evolution Soccer 2021