Juara Liga Super 6 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi tampil dalam permainan video bola sepak popular di Asia, Pro Evolution Soccer 2021 season update (PES 2021) buat kali kedua.

Seperti yang kita tahu, JDT merupakan satu-satunya wakil dari Malaysia yang bertanding dalam saingan AFC Champions League musim ini.

32 pasukan terbaik dari seluruh Asia yang berjaya layak ke peringkat kumpulan secara merit telah dipilih untuk berada dalam permainan video itu.

Hal ini kerana penerbit permainan video itu, Konami masih memegang lesen eksklusif kejohanan kelab bola sepak paling berprestij di benua Asia tersebut.

EiMPBPhU0AEMMAV-1000×563

Pada edisi PES 2020, JDT menggantikan tempat kelab dari Hong Kong, Kitchee FC yang membuat penampilan sulung pada musim 2018. Kali terakhir pasukan dari Liga Malaysia tampil dalam permainan video ialah pada 1998 khususnya dalam FIFA 98 yang dikeluarkan oleh EA Sports.

Namun, pada edisi 2021, PES bakal tampil dengan corak permainan yang lebih realistik dan sedikit penambahbaikan dari segi visual, terutamanya wajah dan pergerakan pemain.

PES mula menjadi pencabar terkuat FIFA bermula pada tahun 1996 dengan menggunakan nama Winning Eleven untuk pasaran Asia.

pes-2021-season-update-boleh-beli-or-boleh-blah-13-1000×563

Sejak itu, PES dan FIFA sentiasa bersaing hebat mempromosi gaya permainan mereka namun PES tewas dari segi perlesenan pasukan dimana EA Sports telah monopoli hak perlesenan semua liga utama di dunia.

PES 2021 ini dilancarkan sepenuhnya pada 15 September 2020 untuk semua platform seperti PC, PS4 dan juga Xbox One.

Baca artikel lain mengenai permainan video bola sepak yang pernah dilaporkan sebelum ini. 

JDT Cipta Sejarah Muncul Kelab Pertama Malaysia Dimasukkan Dalam PES 2020

Liga Thailand Buat Kemunculan Kedua Dalam Siri Permainan Video PES 2020

Al Ain FC Kelab Pertama UAE Tampil Dalam Permainan Video FIFA 20