Juara Liga Super musim 2019, Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi mendapat perhatian ramai apabila kelab tersebut mencipta sejarah sebagai kelab Malaysia pertama yang dimasukkan dalam ke dalam Pro Evolution Soccer 2020 (eFootball PES 2020).
Seperti yang kita tahu, JDT merupakan satu-satunya kelab dari Liga Malaysia yang bertanding dalam saingan AFC Champions League musim ini. Sejak tahun 2014, Konami sentiasa menampilkan 32 pasukan terbaik dari seluruh Asia yang berjaya layak ke peringkat kumpulan secara merit di kejohanan tersebut pada musim sebelumnya.
Anda boleh lihat bagaimana rupa pemain seperti Safawi Rasid, Diogo Luis Santo dan Mauricio Dos Santos Nascimento dalam permainan video tersebut pada video di bawah.
Untuk edisi PES 2020, JDT menggantikan tempat kelab dari Hong Kong, Kitchee FC yang membuat penampilan sulung pada musim 2018. Kali terakhir pasukan dari Liga Malaysia tampil dalam permainan video ialah pada 1998 khususnya dalam FIFA 98 yang dikeluarkan oleh EA Sports.
Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi Instagram story milik baginda telah mencuba PES 2020 dengan menggunakan pasukan Johor Darul Ta’zim dan memilih juara Serie A musim lalu, Juventus sebagai pasukan lawan.
Untuk makluman, eFootball PES 2020 akan dilancarkan sepenuhnya pada 10 September 2019 untuk PC, PS4 dan juga Xbox One.
Anda boleh membaca artikel lain mengenai Johor Darul Ta’zim di sini:
JDT Akhirnya Memiliki Ibu Pejabat Sendiri Yang Berkelas Dunia