Seperti yang dijangka, laman sosial Facebook KV Kortrijk kini sudah pun melepasi angka 100,000 like apabila diserang oleh netizen dari Malaysia selepas Luqman Hakim menyertai kelab di Belgium itu.

Namun, apa yang tidak berapa ‘kena’ adalah banyak mereka ini yang meninggalkan komen yang merapu atau ‘tak tahu apa benda’ dan ini secara tidak langsung memberikan gambaran yang tidak enak kepada penyokong kelab KV Kortrijk khususnya mengenai mentaliti orang Malaysia secara umum.

Walaupun ada beberapa orang yang cuba untuk menegur mengenai perkara ini, tetapi ada yang seolah-olah dungu tentang perkara yang berkaitan perbezaan diantara kedua-dua buah negara.

komen

Sebagai contoh, boleh lihat dan baca bagaimana satu akaun Facebook yang menggunakan nama Brandon Cruise (yang dipastikan akaun palsu) membalas nasihat yang ditinggalkan.

Begitu juga dengan puluhan atau ratusan komen-komen lain yang ditulis seolah-olah ruangan tersebut seperti tempat untuk bersuka ria dengan komen sampah mereka yang tidak membantu langsung.

komen2

Ada juga yang cuba membuat jenaka-jenaka terhadap isu semasa dalam Malaysia yang mungkin lawak kepada segelintir pengguna, tetapi dari perkara sebegini kita dapat lihat apakah mentaliti sesetengah peminat bola sepak Malaysia yang nampaknya begitu jakun untuk menulis komen.

komen3

Ada juga yang cuba menjelaskan ini hanya ‘seronok-seronok’ sahaja dan ‘bukan apa pun sebenarnya’, tapi sedarkah kita ada orang yang sedang melihat gelagat seperti ini yang mungkin memberikan gambaran tidak baik kepada Malaysia akhirnya.

Sama-sama kita mendoakan kejayaan Luqman Hakim disana seterusnya membuka peluang kepada pemain lain untuk berhijrah ke eropah nanti.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

Sepakan Mirip ‘Nakamura Bus Challenge’ Versi Tok Jiring Ini Viral, Pemandu Lori Sendiri Pulangkan Bola

Bilangan ‘Like’ Dan ‘Followers’ Laman Facebook KV Kortrijk Melonjak Lebih 30% Dalam Masa Kurang 10 Hari

Reaksi: Rekaan Baharu Jersi Kelantan 2020 Persis ‘Jersi Lumba Basikal’ Jadi Bebelan Majoriti ‘Sek Kito’