Semalam, sebuah video yang memaparkan aksi sepakan bebas di padang sintetik Tok Jiring yang ‘terlajak’ melepasi pagar halangan dan menerjah masuk ke dalam sebuah lori yang ketika itu sedang bergerak diatas jalan.
Sepakan yang dilihat mirip kepada ‘Nakamura Bus Challenge’ itu telah tular dimana sosial Twitter dengan lebih 22,000 retweet!
“Siapa-siapa yang ada terjumpa lori yang ada bola kat belakang tu, boleh DM tepi.”
Saksikan video sepakan tersebut seperti dibawah.
Siapa2 yang ada terjumpa lori yang ada bola kat belakang tu, boleh dm tepi 😢 pic.twitter.com/S9xGHbVrpO
— رفيع الدين (@AbangNgahCrew) August 15, 2020
Hari ini selepas perkongsian dibuat melalui laman sosial Facebook, pemandu lori yang dikenali sebagai Pok Din memberikan maklum balas melalui komen yang berbunyi;
“Nitah bola nak PM tepi.”
Alhamdulillah Husnul Khotimah aka Happy Ending 😂.. Mekaseh Pok Din drebar lori ✊🏼
Credit : @hafiztonewow @MaidielMukhlis @zeex_z_14 pic.twitter.com/DzBM1mkIQP
— رفيع الدين (@AbangNgahCrew) August 16, 2020
Dan akhirnya selepas itu, penyerahan bola yang masuk kedalam lori dibuat oleh Pok Din sendiri disebuah kawasan seperti kuari dan ‘Nakamura Bus Challenge’ versi Tok Jiring ini berakhir dengan satu ukhuwah perkenalan baru.
Apa pun, video ini telah berjaya memberikan hiburan kepada peminat bola sepak Malaysia khasnya.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.