Dalam sebuah artikel yang disiarkan oleh laman web Nikkei Asian Review kira-kira 2 hari lalu telah mendedahkan data yang menunjukkan peningkatan ketara tontonan perlawanan saingan J.League di Thailand.
Mengikut laporan tersebut, ketika perlawanan Shimizu S Pulse bertemu Consadole Sapporo sebanyak 240,000 orang telah menyaksikan perlawanan tersebut dari Thailand dan secara kasarnya setiap minggu sekitar 300,000 orang menonton siaran perlawanan!
Berdasarkan satu kenyataan yang dibuat oleh seorang pegawai dari J.League sendiri, mereka mensasarkan puluhan juta views dari ThailandĀ sahaja musim ini dengan kehadiran 4 pemain berpengaruh dalam skuad kebangsaan Thailand yang beraksi setiap minggu.
Hasil dari ‘Asian Strategy‘ ini yang telah diperkenalkan kira-kira 10 tahun lalu membolehkan J.League menjual hal penyiaran liga mereka kepada pihak luar negara dengan harga 5 kali ganda lebih tinggi untuk pakej 3 tahun seterusnya sehingga 2022 berbanding tempoh yang sama sebelum ini – RM99.31 juta!
Namun, Jepun melihat Thailand sebagai lokasi yang premier untuk terus diterokai dan Vietnam serta Indonesia untuk peringkat seterusnya.
Mereka juga mengakui, kehadiran Chanathip Songkrasin pada 2017 dengan prestasi yang mengagumkan telah berjaya membuka pelbagai possibility yang mungkin sebelum ini tidak diambil berat baik dalam dan juga diluar padang.
Paling penting pihak J.League sedar effective marketing untuk rantau Asia Tenggara khususnya berbeza bagi setiap negara dan perkara ini amat penting untuk meneruskan visi Asian Strategy – kata kunci disini adalah local relevance.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ sediakan untuk anda.
“Saya Balik Pun Makan Maki Je, Ini Cita-Cita Saya, Jiwa Saya Kena Kental.” – Luqman Hakim