Seperti yang telah dimaklumkan secara rasmi oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) melalui laman sosial rasmi Facebook mereka petang semalam, skuad The Red Warriors itu dengan jayanya telah melancarkan jersi rekaan terbaharu musim 2020 di Kota Bharu.
Majlis penyerahan ini telah dilakukan oleh Pengarah Urusan Stechmad Sdn Bhd, Rus Faizan Muhamad kepada Pengurus Pasukan TRW 2020, Datuk Azman Ismail sambil disaksikan oleh Presiden KAFA, Datuk Shaari Mat Hussain.
Penyerahan jersi ini adalah sebagai simbolik kepada penajaan baharu jersi serta kelengkapan pakaian kepada TRW. Penajaan ini dibawa masuk selepas penaja sebelum ini telah menarik diri dan pihak KAFA perlu mengisi kekosongan yang ditinggalkan dengan segera.
Penajaan oleh Stechmad ini akan melibatkan kesemua pasukan di bawah kendalian KAFA iaitu pasukan senior, Pasukan Piala Presiden, Pasukan Piala Belia serta Futsal.
Reaksi Penyokong Kelantan Kepada Rekaan
Selepas penyerahan itu dibuat, gambar jersi terbaharu itu pantas tersebar ke banyak group Facebook penyokong pasukan Kelantan dan telah mengundang komen yang kurang gemar dengan rekaan jersi itu.
Rata-rata dari komen yang ditinggalkan, ramai yang ‘menggelarkan’ jersi itu persis jersi lumba basikal lebuhraya (polka dot) serta ada juga yang mengkritik keras kerja yang ditafsirkan sebagai ‘cadus’ itu.
Ada juga yang mengatakan rekaan jersi ini adalah hanya sebagai simbolik penajaan syarikat itu kepada KAFA bernilai sekitar RM50,000 dan bukan rekaan jersi yang akan digunakan oleh pemain.
Sejauh mana kebenaran mengenai perkara itu tidak dapat dipastikan tetapi rekaan jersi dengan susunan logo penaja yang tiada ‘keseimbangan dan harmoni’ itu jelas menunjukkan bahawa ini adalah rekaan tangkap muat sahaja.
Apa pun didoakan semoga proses pembelian saham syarikat TRW Sdn Bhd oleh ZamSaham berjalan lancar dan berjaya membawa gemilang untuk bola sepak Kelantan.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.
“Saya Balik Pun Makan Maki Je, Ini Cita-Cita Saya, Jiwa Saya Kena Kental.” – Luqman Hakim
Ini 4 Perkara Utama Yang Akan Dilakukan Oleh Luqman Hakim Setibanya Di Belgium