Jurgen Klopp menyatakan bahawa dia berasa sangat sukar semalam walaupun Liverpool menang 3-0 ke atas Nottingham Forest kerana apa yang menimpa Luis Diaz.
Klopp berkata: “Perkara terbaik yang boleh kita lakukan untuk saudara kita adalah dengan memenangi perlawanan untuk mengalihkan perhatian dia sedikit. Yang lain sangat sangat istinewa dalan situasi negatif.”
Luis Diaz direhatkan daripada tugasan semalam selepas ibu dan ayahnya diculik di Colombia ketika bercuti.
Diogo Jota sempat meraikan golnya dengan mengangkat jersi Luis Diaz sebagai mesej sokongan kepada pemain itu.
Klopp berkata: “Kami bermain dalam suasana paling sukar yang pernah saya lalui. Ianya hari benar benar sukar, namun berakhir dengan keputusan yang baik. Selepas 1,000 perlawanan, kamu ingat kamu sudah melalui semuanya, tidak!”
“Ini bukan tentang kami, ini tentang Lucho dan keluarganya. Kami semua berdoa dan berharap segalanya akan ok. Apa yang kami boleh buat, kami akan buat, kami sudah lakukannya dalam kelab ini. Satu satunya perkara yang kami boleh buat di atas padang adanag berjuang demi saudara kami dan inilah yang pemain lakukan hari ini.”
Diogo Jota dedicated his goal to Luis Diaz after his parents were kidnapped in Colombia 🙏 pic.twitter.com/0ze0w4ZUvf
— GOAL (@goal) October 29, 2023
Klopp menambah: “Bagaimana kamu boleh memikirkan bola sepak paling penting pada hari seperti ini? Saya tak pernah sesukar ini dalam hidup saya. Ianya sentiasa tempat selamat, kadangkala di tempat saya menyendiri.”
“Dalam 90 minit kamu hanya fokus pada bola sepak, namun hari ini ianya mustahil kamu boleh fokus begitu.”
“Jelas sekali kita harus menggunakan lebih akal, iaitu berjuang demi Lucho. Saya tidak 100% bersedia ketika jersi dia dikibarkan, di mana ianya detik yang sangat menyentuh perasaan.”
Klopp kemudian mengesahkan kelab terus menyarankan agar Luis Diaz segera pulang dengan ditemani pegawai mereka.
“Kita mendengar berita malam tadi. Kita bercakap kepada Lucho dan meminta dia balik ke rumahnya. Kami mengarahkan beherapa orang dari kelab menemaninya dan menjaganya. Sebahagian daripada keluarganya ada di sana.”
“Kemudian kami mendengar berita tentang pembebasan emaknya dan ianya berita luar biasa. Kami bukan yang pertama dimaklumkan namun kami akan sentiasa cuba segalanya untuk mengeatahui apa yang berlaku. Pada masa yang sama kami tidak mengganggu proses itu, kami cuma mahu memberikan sokongan.”