Liverpool keciciran mata lagi dalam aksi EPL. Ini selepas mereka seri dalam perlawanan pembukaan EPL berdepan dengan Fulham di Craven Cottage.
Dalam aksi pertama mereka di Anfield, Liverpool gagal mendapatkan kemenangan ke atas Palace walaupun menguasai perlawanan.
Liverpool malah harus berasa lega kerana tak tewas perlawanan yang mereka terpaksa bermain 10 pemain lebih 30 minit pada separuh masa kedua.
Ini kerana Darwin Nunez dibuang pada minit ke-57 selepas dia melakukan tindakan bodoh dengan menghantuk pemain lawan.
Bertempat di Anfield, Liverpool gagal bertindak lebih tajam di hadapan gol. Itu menjadi punca utama Liverpool keciciran mata di Anfield.
Liverpool memiliki banyak percubaan ke arah gol pada separuh masa pertama. Namun tak ada satu pun yang menerjah gawang.
Sebaliknya pasukan bimbingan Patrick Vieira, Crystal Palace pula di hadapan menerusi gol yang sangat direct menerusi serangan balas, yang disempurnakan oleh Wilfried Zaha pada minit ke-32.
Di mana Zaha menerima hantara Eze di garisan tinggi Liverpool dan terus berlari laju ke hadapan lalu menewaskan Alisson Becker.
Tersentak dengan gol itu, Liverpool cuba memperbaiki permainan mereka. Namun mereka terus gagal mendapatkan gol. Separuh masa pertama berakhir 0-1 memihak kepada pasukan pelawat.
Bersambung babak kedua, Liverpool menambah bala untuk pasukan mereka. Ini apabila penyerang bernilai EUR100 juta mereka, Darwin Nunez dibuang padang pada minit ke-57.
Nunez tidak dapat mengawal emosinya dan terus menanduk Andersen. Pengadil terus memberikan kad merah kepada pemain antarabangsa Uruguay itu.
Palace dilihat bakal memanfaatkan kelebihan seorang pemain yang mereka miliki untuk membawa pulang 3 mata dari Anfield.
Malangnya, mereka gagal melakukannya. Ini apabila Liverpool tampil lebih baik dengan 10 pemain.
Malah, Liverpool menyamakan kedudukan menerusi rembatan deras Luis Diaz pada minit ke-61.
Gol yang sangat cantik dengan teknik gelecekan yang licik dan tajam, disudahi dengan penyudah yang sempurna.
Kedua dua pasukan kemudian gagal menambah sebarang gol untuk baki masa yang tersissa.
Akhirnya Liverpool keciciran mata sekali lagi. Dan hanya mengutip 2 mata daripada 6 yang ditawarkan setakat ini.