Selepas didesak ramai pihak, PGMOL akhirnya setuju menerbitkan secara rasmi kepada umum rakaman audio perbualan antara pengadil dan pegawai VAR ketika insiden gol Luis Diaz yang silap dibatalkan.

Baca Juga:

Dalam aksi antara Tottenham menentang Liverpool berlaku kontroversi ketika pengadil membatalkan gol pembukaan Luis Diaz yang ternyata pemain itu sebenarnya onside.

PGMOL sebelum ini sudah membuat kenyataan rasmi bahawa mereka sudah meminta maaf kepada Liverpool sejurus selepas separuh masa pertama tamat. Kerana berlaku kesilapan pada VAR.

Seterusnya selepas tamat perlawanan, PGMOL mengesahkan bahawa gol Luis Diaz sepatutnya disahkan namun berlaku kesilapan manusia ia itu ‘miscommunication’ dengan VAR turut gagal campur tangan sebaiknya untuk membetulkannya.

Berikut adalah transkrip audio penuh melibatkan pengadil dan VAR yang dikeluarkan PGMOL:

Penolong pengadil 1: “Semuanya baik. Kedua-duanya saling berpegangan [merujuk kepada Salah dan pemain Spurs].”

Pengadil: “Ya, teruskan sahaja.”

Penolong pengadil 1: “Biarkan dulu, biarkan dulu, biarkan dulu [jangan hentikan permainan].”

VAR: “Kemungkinan ofsaid, [Luis] Diaz.”

Penolong pengadil 2: “Berikannya [tidak pasti sama ada dia suruh berikan gol atau berikan ofsaid].”

Penolong pengadil 1: “Kembali semula sebab ofsaid, kawan.”

VAR: “Baru semak ofsaid. Jangan mulakan dulu [sepak mula].”

VAR: “Mari kita letak di mana titik sepakan [hantaran Salah bermula]. Titik sepakan, tolong [berikan kepada saya]?” – VAR meminta pegawai ulang tayang segera memberikan visual.

Pengadil: “Ya, jangan risau kawan [ambil masa kamu].”

Pengendali ulang tayang: “Jadi, inilah dia.”

Pengadil: “Tunggu.”

Pengendali ulang tayang: “Sudut yang sukar.”

VAR: “Ya, berikan saya garisan 2D selepas [bingkai / frame] ini dari bingkai dua selepas itu.”

Pengendali ulang tayang: “Jadi bingkai dua dah ada di sana kan?”

VAR: “Tidak mengapa. Sempurna, ya. Garisan 2D pada but kiri.”

Pengendali ulang tayang: “Biar saya tukar sudut pandangan.”

VAR: “Romero [buatkan Diaz onside], saya rasa begitu?”

Pengendali ulang tayang: “Saya rasa mungkin sudut ini lebih baik? Adakah kamu puas hati dengan sudut ini?”

VAR: “Ya.”

Pengendali ulang tayang: “Garisan 2D pada but?”

VAR: “[Ya ada] Garisan 2D pada but.”

Pengendali ulang tayang: “Ya, okey. Jadi [cari] garisan 2D pada but.”

VAR: “Dan ok berhenti kat sini. Semakan semula selesai, semakan semula selesai. Tidak ada masalah, sempurna.”

Pengadil VAR menyebut sempurna kerana dia ingatkan pengadil awalnya memberikan gol kepada Luis Diaz, sedangkan pengadil membatalkan gol itu kerana merujuk kepada keputusan penjaga garisan.

Penolong pengadil 1: “Teruskan perlawanan.”

Pengadil: “Syabas kawan-kawan.”

VAR: “Terima kasih kawan.”

Pengadil: “Syabas kawan-kawan, proses yang bagus.”

Pengendali ulang tayang: “Tunggu, tunggu, tunggu, tunggu. [Kamu – pegawai VAR – tahun tak] Keputusan di padang adalah ofsaid. Adakah kamu [VAR] berpuas hati dengan keputusan itu?”

Pembantu VAR: “Ya.” (seperti terkeliru)

Pengendali ulang tayang: “Kamu berpuas hati dengan ini [ofsaid]?”

Pembantu VAR: “Offside ke? Itu Gol, ya. Itu [ofsaid] salah, Daz.”

VAR: “Apa?”

Pengendali ulangan: “Keputusan di atas padang adalah ofsaid. Adakah anda berpuas hati dengan gambar ini? Ya, ia adalah onside. Gambar yang kami berikan kepada mereka adalah onside.”

Pembantu VAR: “Dia [Cristian Romero] telah membuatkan [Diaz ] onside, Diaz [awalnya] ofsaid.”

VAR: “Oh [mencarut].”

Kemudian pengendali ulang tayang menyatakan dia menerima panggilan daripada Agensi Pengadil Profesional [PGMOL] untuk hentikan seketika permainan dan semak semula keputusan pengadil. Kerana jelas sekali pada mata kasar Luis Diaz onside.

Pengendali ulang tayang: “Lengahkan dulu, hentikan seketika permainan. Oli (pegawai PGMOL) kata patut tangguhkan dulu sambungan permainan, Oli kata tangguhkan dulu sambungan permainan.”

VAR: “Apa dia tak jelas?”

Pengendali ulang tayang: “Oli ada hubungi kami, suruh tangguhkan dulu permainan. [Tetapi] keputusan telah dibuat. Ianya sepatutnya onside”

VAR: “Tidak boleh buat apa apa dah.”

Pengendali ulang tayang: Oli suruh kita tangguhkan dulu permainan, Oli kata tangguhkan.”

VAR: “Oli?”

Pegawai keempat: “Ya.”

Pengendali ulangan: “Tangguhkan permainan? Hentikan seketika permainan.”

VAR: “Mereka dah pun memulakan perlawanan. Tidak boleh buat apa dah, tak boleh buat apa apa.”

Pembantu VAR: “Ya, perlawanan dah dimulakan semula. Ya. Tak dapat [buat apa apa].”

VAR: “Saya tidak boleh buat apa-apa. Saya tidak boleh buat apa-apa. (mencarut lagi).”