Ibu bapa Luis Diaz diculik di Colombia ketika mereka sedang bercuti. Penculik mengejar mereka menggunakan motosikal dan melarikan mereka dengan van pelancong yang digunakan mereka.

Pihak polis terus berusaha untuk memastikan keluarga Diaz dibebaskan dengan selamat. Dan laporan dari Colombia menyebut bahawa ibu Luis Diaz dibebaskan terlebih dahulu.

Ibunya sudah disatukan semula dengan keluarga Diaz di Colombia dan kelihatan masih dalam keadaan trauma.

Namun begitu pihak polis masih berusaha untuk memastikan ayah Luis Diaz dapat bebas dengan selamat ke rumahnya. Buat masa ini polis masih berusaha.

Luis Diaz ketika dimaklumkan tentang berita tentang ibu dan ayahnya diculik, dia sedang berada di Liverpool untuk persiapan aksi Liga Perdana Inggeris hujung minggu ini.

Peminat bola sepak dari seluruh mendoakan ayah dan ibu Luis Diaz akan dibebaskan dengan selamat oleh penculik.

Ramai rakyat Colombia mengeluh tentang tahap keselamatan di negara itu selepas apa yang menimpa ibu bapa Luis Diaz. Di mana jenayah terus berleluasa di beberapa tempat di negara mereka.

Orang kenamaan dan orang kaya di Colombia seringkali menjadi sasaran penjenayah yang mahukan wang tebusan.

Luis Diaz merupakan pemain penting dalam skuad kebangsaan Colombia. Dia berkembang menjadi antara pemain sayap elit di Eropah terutama sekali selepas menyertai Liverpool.

Diharap segalanya baik baik sahaja buat Luis Diaz dan keluarganya.