Liverpool kini menjadi tempat scouting kelab kelab Arab Saudi dengan terbaru Luis Diaz turut mendapat tawaran dari sana.
Baca Juga:
- Here We Go: Jordan Henderson Ke Al Ettifaq
- Szoboszlai Pilih No.8 Di Liverpool Kerana Gerrard
- Pochettino Laung Amaran, Chelsea Sudah Sedia Kalahkan Liverpool
Semalam Fabrizio Romano mengesahkan bahawa Jordan Henderson menyertai Al Ettifaq dengan perpindahan bernilai £10 juta.
Kemudian Fabinho masih berunding dengan kelab Liverpool berkenaan tawaran dari Arab Saudi untuknya. Di mana pemain itu dikatakan berminat dengan tawaran tersebut.
Jurgen Klopp menyatakan dia berpegang pada prinsip sentiasa menghormati pemain. Dan jika pemain mahu pergi mereka boleh datang berbincang dengannya.
Sebelum ini Roberto Firmino telah menyertai Al Ahli sebagai ejen bebas.
Kini Liverpool mendapat satu lagi tawaran daripada kelab Arab Saudi untuk Luis Diaz.
Al Hilal dilaporkan mahu membawa Luis Diaz ke kelab mereka dan sedia membayar £50 juta untuk pemain tersebut.
Diaz yang cemerlang sejak menyertai Liverpool telah menjadi perhatian di eropah kerana kelincahan dan kelajuannya.
Musim lalu dia banyak berehat kerana kecederaan. Namun ketika dia kembali, Luis Diaz terus kekal menunjukkan prestasi cemerlangnya secara individu.
Pendirian Liverpool
CEO Liverpool dilaporkan sudah memberikan amaran kepada Al Hilal bahawa Luis Diaz bukan untuk dijual atas sebarang harga sekalipun.
Pemain itu sangat penting dalam projek Jurgen Klopp. Buat masa ini Diaz masih tidak menyatakan sebarang respon ke atas tawaran Al Hilal.
Dan jika Diaz berminat dengan tawaran itu, pastinya Jurgen Klopp akan pening dibuatnya.
Luis Diaz dianggap pengganti sempurna kepada Sadio Mane yang pergi meninggalkan Liverpool untuk menyertai Bayern Munich musim lalu.
Diaz benar benar membuktikan bahawa dia boleh mengisi kekosongan tersebut setakat ini.