Satu kejadian aneh telah berlaku di Amerika Selatan semalam apabila sebuah kelab liga divisyen utama Colombia, Rionegro Aguilas terpaksa turun beraksi dengan 7 orang selepas 16 pemain pasukan itu dijangkiti wabak COVID-19 dan 7 lagi pemain mengalami kecederaan.

Permintaan mereka untuk menangguhkan perlawanan menentang Boyaca Chico telah ditolak dan badan pengelola liga menegaskan akan memberi hukuman berat kepada pasukan itu jika tidak hadir.

“Kalau hanya ada 7 pemain, anda tetap perlu beraksi dengan 7 pemain itu,” kata Presiden liga, Fernando Jaramillo.

Namun begitu, Aguilas tetap turun beraksi dan berjaya ikat lawan tanpa jaringan di separuh masa pertama sebelum Boyaca menjaringkan 3 gol pada minit ke 57, 69 dan 77.

Perlawanan dihentikan pada minit ke 79 selepas pemain Aguilas, Giovanny Martinez mengalami kecederaan dan tidak mampu beraksi lagi. Pengadil kemudian membuat keputusan untuk menamatkan perlawanan itu lebih awal dan kemenangan berpihak kepada Boyaca Chico.

Daripada 7 orang yang beraksi di atas padang, 2 daripadanya merupakan penjaga gol. Sebelum perlawanan bermula, semua pemain itu sempat menunjukkan banner yang bermaksud “Nyawa lebih utama” (primero la vida) dan “Permainan adil” (Juegolimpio).

rionegro-aguilas-2021_1igsjaxktouvm10mf7cdq5p2qj

Selepas perlawanan itu, Aguilas memberikan satu ciapan yang cukup padu di laman twitternya sebagai tanda sokongan kepada para pemainnya.

“Kami mungkin kalah perlawanan itu tetapi kami akan memenangi peperangan melawan COVID-19. Kami benar-benar bangga dengan para pemain,” tulisnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak dunia melalui pautan dibawah. 

Pengadil ‘Kantoi’ Terkencing Dalam Seluar Sebelum Sepak Mula

Solskjaer Tuduh Son Penipu, Mourinho Anggap Son Bertuah Kerana Tidak Berbapakan Ole

Dana RM11.56 Juta Untuk 100 Orang, ‘Nagatomo Dream’ Bantu Peminat Capai Impian