Satu kejadian lucu telah dirakam pada perlawanan Copa de Brasil membabitkan pertemuan antara Boavista menentang Goias kelmarin apabila seorang pengadil utama didapati terkencing dalam seluar sebelum sepak mula di Stadium Elcyr Resende.
Perbuatan Denis da Silva Ribeiro itu turut dirakam secara langsung di kaca TV namun ia tidak disedari oleh pengulas perlawanan sehingga peminat menyedari terdapat air mengalir dibawah kaki pengadil dan mula tular di media sosial.
o que rolou????
pic.twitter.com/liSt9PtA2I— Buteco das torcedoras (Conta reserva) (@bdtorcedoras) March 12, 2021
Video menunjukkan Da Silva melonggarkan sedikit seluar pendek dipakainya selepas menoleh ke belakang dan kencing di atas bola yang digunakan dalam perlawanan itu sebelum dia beredar daripada bulatan tengah padang.
Ia juga mengundang pelbagai reaksi dan kecaman dalam kalangan penyokong bola sepak di negara itu yang menyifatkan tindakan pengadil tersebut tidak senonoh dan wajar dihukum.
“Apa malas sangat pengadil tu tak pergi tandas, baik berak je la di atas padang sekali,” tulis seorang penyokong Boavista bernama Danielro di laman twitternya dalam bahasa Brazil.
Pada perlawanan itu, Boavista menang aksi pertama 3-1 tetapi semua orang lebih bercakap mengenai perbuatan Da Silva berbanding keputusan perlawanan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.
Penyokong Kuala Lumpur ‘Bengang’ Dengan Pengurusan Pasukan, #TAMKeterehOut Jadi Perhatian