Pemain pertahanan Jepun yang kini beraksi bersama kelab Galatasaray, Yuto Nagatomo telah membuat satu pengumuman khas melalui laman Twitter rasmi beliau untuk membantu 100 orang terpilih bagi mencapai impian masing-masing.
Menurut sebuah video dan kenyataan yang dimuatnaik beberapa jam yang lalu, Nagatomo memberitahu bahawa beliau akan menyediakan dana sebanyak RM11.56 juta bagi tujuan tersebut.
Ini bermakna setiap seorang akan menerima sekitar RM115,600 dan beliau akan membantu mereka dalam tempoh 3 tahun untuk mencapai apa sahaja impian mereka.
Projek khas yang digelar sebagai ‘Nagatomo Dream’ itu boleh disertai oleh sesiapa sahaja dengan hanya menjadi ‘follower‘ , ‘retweet‘ serta hashtag #NagatomoDream video dibawah.
100万円を3年間支援で、1人300万円。
今後100人を応援、総額3億円サポートしたいです!まずは第1弾として僕個人のお金3000万円で10人の夢を応援します!この投稿をフォロー&リツイートをした人の中から僕が夢を応援する人を決めます。#長友ドリーム をつけて夢への想いなどをツイートしてください! pic.twitter.com/Novj0ATemw— Yuto Nagatomo | 長友佑都 (@YutoNagatomo5) June 20, 2019
Sebagai permulaan kepada #NagatomoDream, beliau secara peribadi akan menggunakan wang sendiri berjumlah RM1,156,000 untuk 10 orang pertama yang akan dipilih dan dibantu untuk mencapai impian mereka dalam tempoh 3 tahun.
Video tersebut sehingga kini telah ditonton sebanyak 1.15 juta kali, serta lebih 11,000 komen dari pengikut Twitter beliau!