Pemain pertahanan berpengalaman skuad kebangsaan Jepun, Yuto Nagatomo kekal beraksi di Eropah dimana pemain itu sah beraksi bersama kelab Ligue 1 Perancis, Olympique de Marseille.
Nagatomo, yang sudah berusia 34 tahun menyertai Marseille secara percuma dari Galatasaray setelah kontrak beliau tamat bersama kelab Turki itu. Nagatomo beraksi selama dua setengah musim dimana beliau menjaringkan tiga gol dalam 65 penampilan.
✍ OFFICIAL
🇯🇵 @YutoNagatomo5 has signed for 🇫🇷 @Ligue1UberEats giants @OM_Officiel. pic.twitter.com/a6u3BBICrm
— The Asian Game (@TheAsianGame) August 31, 2020
“Saya gembira dapat menyertai pasukan hebat. Persaingan sukar menanti saya tetapi saya akan bekerja keras,” kata Yuto Nagatomo di laman media sosial Twitter miliknya dimana beliau akan bersaing dengan rakan senegara, Hiroki Sakai yang terlebih dahulu beraksi bersama Marseille.
Dalam saingan Ligue 1 musim lalu, Marseille menamatkan saingan di tangga kedua di belakang juara, Paris Saint-Germain dan akan beraksi dalam di Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim hadapan.
Nagatomo mempunyai pengalaman luas beraksi di saingan UCL dimana sebelum ini beliau beraksi bersama Galatasaray dan juga gergasi Serie A Itali, Inter Milan.
Baca artikel lain mengenai pemain Jepun di Eropah di sini:
Takefusa Kubo Sertai Villarreal Secara Pinjaman, Bakal Isi ‘Lompong’ Yang Ditinggalkan Santi Cazorla
Penjaga Gol Kacukan Jepun-Perancis Ini Percaya The Samurai Blue Mampu Juarai Piala Dunia 2022