Sebuah kelab Thai League 1 berminat untuk menandatangani pemain pertahanan veteran skuad kebangsaan Jepun, Yuto Nagatomo.
Menurut laporan salah sebuah portal berita Jepun, Nikkan Sports, kelab Thai League 1 yang belum dikenal pasti identitinya berminat untuk menandatangani bekas pemain Inter Milan itu.
Nikkan Sports menyatakan jika bidaan daripada kelab Thai League 1 itu bernilai 5 Juta Euro, maka kelab terkini Nagatomo, Galatasaray bersedia untuk melepaskan pemain pertahanan berusia 33 tahun itu.
Nagatomo mempunyai setahun lagi baki kontrak bersama Galatasaray dan beliau dilihat berminat untuk berhijrah dan mencari cabaran baharu.
Untuk rekod, Yuto Nagatomo telah membuat 116 penampilan bersama skuad kebangsaan Jepun dan beraksi di 3 kejohanan Piala Dunia. Nagatomo mengambil keputusan bersara daripada mewakili Jepun di peringkat antarabangsa pada Mac 2019 bagi memberi laluan kepada pemain muda untuk menampilkan bakat mereka.
Di peringkat kelab, Nagatomo pernah beraksi bersama FC Tokyo, Cessena, Inter Milan dan Galatasaray.