The Old Lady sebelum ini menggunakan pendekatan memantau situasi Matthijs de Ligt yang cuba dipancing oleh United.
Dan kemudiannya mereka menawarkan tawaran mereka mengikut apa yang pemain mahukan dan tidak dapat diberikan di United.
De Ligt gagal memeterai perjanjian ke United sebelum ini kerana dilaporkan Mino Raiola mahu memasukkan klausa pelepasan pada kontrak pemain itu di bawah £130 juta.
Kini United dikaitkan dengan pemain Wolves iaitu Raul Jimenez. Pemain itu sudah menyatakan beliau sudah bersedia untuk bermain di kelab besar selepas beberapa musim cemerlang di Wolves.
Situasi ini menarik perhatian The Old Lady yang menyatakan minat mereka. Tetapi tidak akan memulakan langkah pertama.
United bercadang menawarkan kontrak jangka panjang kepada Jimenez. Wolves sudah memberikan lampu hijau bahawa pemain itu akan dilepaskan dengan harga €50 juta.
Juventus are targeting Raul Jimenez to replace Higuain.
[The Times] pic.twitter.com/8JzPMu69HF
— Bianconeri Zone (@BianconeriZone) May 19, 2020
Selain daripada itu, Juventus turut memiliki plan B yang sangat menarik. Apabila mereka mungkin akan menyertakan Gonzalo Higuain sebagai pemain yang akan disertakan dalam kontrak itu sebagai pemain pinjaman – mandatori – dua musim.
Jimenez menikmati musim 2019/20 yang cemerlang bersama pasukan Wolves. Menjaringkan 13 gol liga dan membekalkan 6 assist dalam 29 perlawanan liga.
Juventus sudah lama mencari penyerang no.9 selepas kehilangan Lukaku. Sebelum ini usaha mereka mendapatkan Erling Braut Haaland gagal, juga dengan alasan yang sama – Mino Raiola tidak menerima tawaran tanpa klausa pelepasan seperti ditetapkan mereka.
Baca juga perkembangan lain bola sepak
Houllier Tuduh Pembatalan Ligue 1 Satu Konspirasi Kerajaan Ke Atas Lyon