Kisah penghijrahan bekas bintang Manchester United, Radamel Falcao ke kelab Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi buah mulut peminat bola sepak tempatan sejak beberapa hari lalu.

Terbaharu, wartawan sukan dari Colombia iaitu Pipe Sierra menyatakan terdapat sekurang-kurangnya 30 pasukan berminat untuk mendapatkan khidmat Falcao namun hanya JDT sahaja yang memberikan tawaran.

https://twitter.com/PSierraR/status/1427286084338208773?s=20

Bagaimanapun, JDT dalam satu kenyataan rasmi hari ini menafikan telah menawarkan pemain tersebut dan menjelaskan keadaan kewangan mereka masih belum kukuh untuk mendapatkan khidmat bintang dunia itu.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ingin menjelaskan bahawa kami tidak membuat tawaran kepada Radamel Falcao seperti mana yang dilaporkan oleh media. Berita tersebut adalah khabar angin semata-mata.

“JDT tidak berada pada kedudukan kewangan yang kukuh untuk menandatangani pemain ‘marquee’ antarabangsa disebabkan pandemik Covid-19. Kami percaya bahawa kedudukan kewangan kelab akan berada pada tahap lebih baik dalam masa satu hingga dua tahun untuk mendapatkan pemain-pemain sedemikian.

“Kami perlu lebih berhemah dalam perbelanjaan ketika ini dan memberikan keutamaan kepada infrastruktur yang boleh membawa kebaikan kepada pembangunan,” kata Martin Prest, Pengarah Sukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim

Falcao dijangka meninggalkan kelab terkini beliau iaitu Galatasaray kerana beliau tidak berada dalam perancangan pasukan itu bagi menghadapi saingan musim 2021/2022.

Beliau mula beraksi bersama Galatasaray sejak 2019 dimana beliau menyertai kelab itu secara percuma dari AS Monaco. Sebelum ini, pemain yang berusia 35 tahun itu pernah beraksi bersama Chelsea, Manchester United dan Atletico Madrid.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

FAM Tangguh Pengambilan Pemain Naturalisasi Untuk Harimau Malaya

Levy Madinda Dipanggil Sertai Skuad Kebangsaan Gabon Hadapi Kelayakan Piala Dunia

Subkhiddin Salleh: “Pemain Jersi Biru Nombor 7 Perlu Dihukum Dengan Kad Merah”