Semalam, peminat bola sepak tempatan dikejutkan dengan insiden terjahan keras pemain Penang FC, Jafri Chew ke atas pemain import Kedah Darul Aman (KDA), Rabih Ataya. Tindakan berbahaya tersebut turut mengundang kecaman daripada peminat bola sepak tempatan.
Pengadil perlawanan iaitu Muhammad Zamzaini Katimin hanya melayangkan kad kuning terhadap Jafri dan peminat melihat hukuman itu sebagai tidak munasabah langsung berdasarkan situasi terjahan yang boleh mendatangkan kecederaan serius serta memusnahkan karier bola sepak seseorang pemain.
Jangan nak jahanamkan karier bola sepak orang lain dengan aksi macam ni.https://t.co/fZgTBvEk9S
— VOCKET FC (@vocketfc) August 17, 2021
VOCKET FC mendapatkan pandangan daripada bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Subkhiddin Mohd Salleh mengenai insiden tersebut. Menurut beliau, pemain berjersi biru (nombor 7) bertindak mengikut emosi dan mempunyai niat untuk mencederakan seseorang.
“Saya dapati pengadil telah terlebih dahulu meniup wisel untuk hentikan perlawanan untuk kesalahan yang pertama yang dilakukan oleh rakan sepasukan pemain jersi biru (nombor 7).
“Pemain jersi kuning (nombor 8) masih meneruskan permainan, samada tidak mendengar tiupan wisel dari pengadil ataupun berharap pengadil mengubah keputusan untuk meneruskan permainan.
“Saya berpendapat pemain berjersi biru (nombor 7) berdasarkan kepada jaringan gol semasa [emosi] bertindak kerana tidak berpuas hati dengan perbuatan pemain jersi kuning (nombor 8) yang masih meneruskan permainan.
“Disini, pemain berjersi biru (nombor 7) perlu dihukum dengan kad merah kerana kelakukan ganas (violent conduct) kerana perbuatannya yang melakukan terjahan terhadap pemain jersi kuning (nombor 8) dengan menggunakan ‘stud’ serta kaki lurus terhadap lutut atau sisi lutut [bahagian sensitif] yang boleh membahayakan keselamatan pihak lawan ketika bola bukan dalam masa permainan,” jelas Subkhiddin.
Violent conduct yang dimaksudkan adalah disebabkan perbuatan pemain tersebut yang dilakukan semasa bola bukan dalam masa permainan.
Subkhiddin yang pernah bertugas di Piala Dunia 2010 tidak melihat perbuatan pemain tersebut sebagai tidak sengaja kerana istilah tersebut tidak wujud dalam undang-undang pengadilan bola sepak.
“Istilah tidak sengaja tidak ada didalam undang-undang melainkan pemain tersalah judge or misjudge dimana niat asalnya [melalui perbuatan] hendak menendang bola tetapi pemain lawan lebih pantas mainkan bola dan dia ‘tertendang’ kaki lawannya.
“Berdasarkan undang-undang, kita jelaskan sebagai menendang kaki pemain lawannya dan perlu dikenalpasti samada [careless, reckless or excessive force].
“Bagaimanapun apabila kita jelaskan ‘understanding football’ anda boleh menilai sendiri adakah pemain tersebut sengaja ataupun tidak disengajakan.
“Adakah pemain berjersi biru (nombor 7) berpeluang untuk memainkan bola tersebut? Bola ditanah dari awal pergerakan manakala terjahan yang dilakukan adalah pada aras atas,” tambahnya.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.
FAM Tangguh Pengambilan Pemain Naturalisasi Untuk Harimau Malaya
Levy Madinda Dipanggil Sertai Skuad Kebangsaan Gabon Hadapi Kelayakan Piala Dunia
Wartawan Colombia Dedahkan Hanya JDT Yang Menghantar Tawaran Rasmi Untuk Falcao