Berita perpindahan bekas penyerang Atletico Madrid dan Manchester United, Radamel Falcao ke pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) hangat diperkatakan oleh peminat bola sepak tempatan baru-baru ini.
Baca Juga:
- La Liga: Radamel Falcao Berikan Barcelona Satu Lagi Kekalahan Dan Koeman Dipecat
- Solari Tunggu Keputusan TMJ Mengenai Kemasukan Radamel Falcao
- Media Sepanyol Dedahkan Radamel Falcao Bakal Sertai JDT
Malah, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) sendiri mengumumkan bakal bertemu Falcao dalam masa terdekat menerusi satu ciapan di laman twitter kelmarin.
TMJ juga menulis JDT31 yang mungkin adalah nombor jersi JDT yang bakal dipakai oleh Falcao.
“Jumpa anda dalam masa terdekat,” tulis Tunku Ismail yang turut ‘tag’ nama Falcao dan ejen bola sepak, Morris Pagniello.
See you very soon JDT31 💙♥️ @FALCAO @MorrisPagniell2 @OfficialJohor pic.twitter.com/pzLmIIzopc
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) April 27, 2023
Ciapan daripada TMJ kemudian dibalas oleh Falcao yang menyatakan beliau tidak sabar untuk bertemu pemilik JDT itu dan memberi bayangan bakal menyertai Harimau Selatan pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia.
Looking forward to seeing you… https://t.co/vgmmJVv7HE
— Radamel Falcao (@FALCAO) April 27, 2023
Menurut laporan daripada media Colombia, El Deportivo, JDT dikatakan telah menawarkan gaji sebanyak 1 juta dollar semusim (RM4.45 juta) tidak termasuk bonus tambahan.
Media tersebut memetik sumber daripada wartawan Felipe Sierra yang berkata Falcao bakal muktamadkan masa depannya dengan perpindahan ke JDT dalam masa terdekat.
“Johor telah menawarkan Falcao dengan kontrak selama setahun dengan tambahan gaji sebanyak 1 juta dollar semusim. Perjanjian ini termasuk bonus yang akan memberi manfaat kepada pemain kelahiran Santa Marta itu,” katanya.
🚨 El futuro de Radamel Falcao GarcĂa (37) y #Johor 🇲🇾, el equipo más grande de Malasia, se acercan cada vez más… El prĂncipe de ese paĂs quiere al máximo goleador de la SelecciĂłn Colombia y trabajan en ello… 🇨🇴
👀 Están dispuestos a ofrecerle 1M$ al año + bonos para la firma pic.twitter.com/wWjGxBKIcF
— Pipe Sierra (@PSierraR) April 27, 2023
Sekiranya bekas penyerang Chelsea dan Atletico Madrid itu menandatangani kontrak bersama JDT, maka beliau merupakan pemain berprofil tinggi ketiga yang menyertai skuad Harimau Selatan selepas Dani Guiza dan Pablo Aimar pada musim 2013.
Falcao mula beraksi bersama Rayo Vallecano sejak musim 2021 dimana beliau sebelumnya menyarung jersi kelab Turki, Galatasaray selama dua musim.
Beliau pernah beraksi dengan beberapa kelab ternama di Eropah seperti FC Porto, Atletico Madrid, AS Monaco, Manchester United dan Chelsea.
Pemain berusia 37 tahun itu bakal bersaing dengan Bergson da Silva, Fernando Forestieri dan Diogo Luis Santo di posisi serangan sekaligus memberikan banyak pilihan kepada Esteban Solari untuk membentuk skuad yang mantap bagi menghadapi saingan AFC Champions League (ACL).