Walaupun cerita mengenai perpindahan seorang pemain dari benua Amerika Selatan yang pernah beraksi dengan kelab Manchester United baru sahaja timbul di Malaysia, perkara ini sebenarnya sudah mula berlegar-legar dalam portal sukan Turki sejak 10 hari yang lalu.
Berdasarkan kemaskini dilaman sosial Twitter portal sukan Fotomac, mereka menyatakan bahawa kelab dari Malaysia iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) telah ‘request‘ untuk membawa Radamel Falcao ke Malaysia.
Nota: Kemaskini tersebut telah dilakukan pada 5 Ogos 2021 pada jam 3.45 petang, mengikut waktu yang direkodkan oleh Twitter.
🦁 Malezya'nın en popüler kulübü Johor, Galatasaray'dan Radamel Falcao'yu istedi.
Kulübün Başkanı Prens Tunku İsmail İdris'in bizzat transferi üstlendiği ve Malezya futbol liginin en büyük transferini yapmak istediği iddia edildi. pic.twitter.com/RlgqJGoVfY
— Fotomaç (@fotomac) August 5, 2021
Fotomac juga menyebut bahawa presiden kelab iaitu Tunku Ismail Idris secara peribadi mahukan perkara ini menjadi perpindahan terbesar dalam bola sepak Malaysia.
Setakat ini masih belum ada sebarang maklumat lanjut dari kelab JDT mengenai sejauh mana kesahihan perpindahan ini dan sama-sama kita nantikan sekiranya ia benar-benar menjadi realiti atau sebaliknya.
Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan seperti dibawah.
Presiden Sebuah Kelab Thai League 2 Rupanya ‘Tokan’ Dadah, Aset Bernilai Lebih RM19 Juta Dirampas
Jersi Buriram United Terjual 51,677 Helai, Menjana Jualan Sekitar RM4.56 Juta Dalam 3 Minggu!