Sebuah portal bola sepak terkenal di Thailand iaitu Ball Thai dalam satu kemaskini sebentar tadi telah menyatakan bahawa kelab gergasi Thai League, Buriram United berjaya menjual lebih 51,000 helai jersi terbaru mereka setakat ini.
Menurut artikel itu, sehelai jersi dijual pada harga THB690 atau RM88, Buriram United dikatakan telah menjana jualan jersi sekitar THB35.6 juta atau RM4.56 juta!
Jika anda masih belum melihat bagaimanakah rupa jersi terbaru Buriram United 2021/2022, sila rujuk beberapa gambar dibawah yang telah disediakan.
Dengan menggunakan pattern Paisley, jersi Buriram United musim baru jelas berada dalam kelas tersendiri dari sudut design selain mengekalkan elemen-elemen asas berkaitan kelab yang ada seperti dalam jersi-jersi musim sebelum ini.
Berdasarkan tinjauan komen-komen dari penyokong di Thailand, ramai yang mengatakan bahawa jersi Buriram United memiliki kualiti yang sama dengan jersi berkualiti yang lain tetapi dijual pada harga 50% lebih murah.
Tidak dapat dipastikan sejauh mana jualan sebanyak RM4.56 juta ini akan dibahagikan diantara kelab dan pengeluar jersi kerana ada juga maklumat yang mengatakan bahawa pemilik kelab turut mempunyai kaitan dengan syarikat/pengeluar jersi mereka.
Apa yang lebih menarik lagi, hadiah wang kemenangan saingan Thai League 1 adalah sebanyak THB10 juta atau RM1.28 juta dan Buriram United sebelum musim baharu bermula sudah mengutip hampir 4 kali ganda berbanding hadiah kemenangan liga mereka sendiri.
Padu betul jualan jersi Buriram United.
Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.
Jawapan Safee Sali Berkenaan Isu Merokok Pemain Tempatan Dalam ‘IG Story’ Dikecam Hebat Netizen
Kali Terakhir Harimau Malaya Layak Ke Piala Asia Secara Merit Adalah 41 Tahun Lalu Di Kuwait 1980
RASMI: Jalil Rasheed Sah Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Baharu Kelab KV Kortrijk