Isu kewujudan pemain-pemain bola sepak tempatan yang merokok sebenarnya bukan satu rahsia besar dalam kalangan peminat-peminat bola sepak kita kerana ramai yang tahu mengenainya tetapi mengambil pendekatan menutup sebelah mata.

Tetapi adalah menjadi satu perkara yang kurang enak apabila seorang pemain yang telah banyak memberikan sumbangan kepada bola sepak negara memberikan jawapan yang dilihat sebagai kurang bijak.

“Pemain tempatan ramai yang kuar hisap rokok. Macam mana tu boss?”

photo_2021-08-10_08-24-26

Respon yang telah diberikan oleh Safee Sali itu dilihat sebagai tidak menjawab soalan yang diajukan tetapi lebih menjurus kepada mempertahankan tindakan merokok dalam kalangan pemain-pemain bola sepak profesional tempatan.

“Pemain tempatan isap rokok…pemain import minum arak…sama je kan.”

“Selagi mereka boleh perform dan tidak membahayakan nyawa/karier mereka tidak ada masalah.”

Kenyataan ini telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan peminat dan penyokong bola sepak tempatan dimana ramai telah meluahkan pendapat mereka kepada jawapan Safee Sali itu.

https://twitter.com/LaftejamChifuyu/status/1424901048569786369?s=20

Tangkap layar IG Story itu telah dimuat naik ke laman sosial Twitter selepas satu ciapan oleh Safee Sali mengenai isu dibawah dan telah ‘diheret’ netizen sehingga menimbulkan isu merokok serta pencapaian sukan bola sepak diperingkat antarabangsa.

Pelbagai komen dan pendapat dapat diperhatikan sebagai reaksi balas kepada apa yang dinyatakan oleh Safee Sali dimana majoritinya memberikan kecaman selain mempersoalkan apa yang telah dicapai oleh sukan bola sepak sebenarnya.

Mungkin ada cara yang lebih baik untuk para pemain memberikan komen dan pendapat mereka untuk mengelakkan isu-isu seperti ini timbul seterusnya sedikit sebanyak menjejaskan personaliti dan kredibiliti mereka sendiri.

Secara peribadi, mungkin jawapan tersebut lebih sesuai untuk berbual bersama rakan-rakan terdekat dan bukan untuk tatapan umum.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan seperti dibawah.

Kali Terakhir Harimau Malaya Layak Ke Piala Asia Secara Merit Adalah 41 Tahun Lalu Di Kuwait 1980

RASMI: Jalil Rasheed Sah Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Baharu Kelab KV Kortrijk

Perak FC Iklan Jawatan ‘Pemain Piala Presiden’ Melalui Portal Kerja Kosong, Gaji Sehingga RM1,999 Sebulan