Sekitar 2 hari yang lalu (berdasarkan tarikh iklan), pasukan Perak FC dilihat telah menerbitkan beberapa iklan jawatan kosong untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan menerusi beberapa portal carian kerja kosong secara online.
Hasil tinjauan kami mendapati bahawa ada 3 jawatan kosong yang diiklankan oleh Perak FC melalui portal tersebut, dimana 2 daripadanya adalah untuk jawatan sebagai pemain bola sepak pasukan Piala Presiden dan remaja.
Dibawah ini adalah beberapa tangkap layar yang sempat kami ambil dari portal-portal tersebut.
Gambar diatas menunjukkan iklan untuk jawatan pemain bola sepak pasukan Piala Presiden, dengan gaji sekitar RM1,500 hingga RM1,999 sebulan.
Ini pula adalah iklan kerja kosong untuk jawatan pemain bola sepak pasukan Piala Belia Perak FC. Hampir semuanya menggunakan template yang sama dengan iklan pemain Piala Presiden dan hanya nama jawatan yang berbeza.
“Professional athletes compete in sports and athletic events. They train on a regular basis and exercise with professional coaches and trainers. Building up the necessary skills needs natural talent as well as planning and endurance to get through the needed training programs.”
Berdasarkan maklumat dari laman web tersebut, sekiranya ada mana-mana individu yang berminat untuk memohon, mereka akan dibawa ke sebuah lagi laman portal cari kerja kosong untuk melengkapkan permohonan.
Jika diperhatikan, iklan untuk jawatan pemain Piala Presiden Perak FC sudah ada 3 permohonan dan seramai 39 kekosongan dibuka.Berkemungkinan besar 42 kekosongan itu adalah untuk kedua-dua skuad Piala Presiden dan Piala Belia Perak FC.
Selepas hampir 30 tahun liga bola profesional Malaysia diperkenalkan, dan beberapa bulan lagi kita akan menganjak ke tahun 2022, masih ada pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Super Malaysia mencari pemain-pemain remaja mereka menggunakan portal carian kerja kosong begini.
Persoalan yang timbul adalah, dimana pembangunan pemain muda mereka sebenarnya? Sekadar tangkap muat untuk mendapatkan perlesenan kelab FAM atau bagaimana?
Lebih membimbangkan bukan Perak FC sahaja, malahan ada juga beberapa pasukan lain yang pernah dan menggunakan modus operandi yang sama untuk mencari pemain remaja.
Apakah MFL akan melihat sahaja perkara ini?
Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.
Perpindahan Kyogo Furuhashi Ke Celtic FC Bernilai RM29 Juta, Sekolah Tinggi Kokoku Terima RM435,000