Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer telah memberi amaran bahawa bola sepak berada dalam bahaya untuk menjadi fizikal seperti ragbi jika garis panduan semasa ini dipatuhi.
Solskjaer kecewa apabila keputusan pengadil Craig Pawson untuk tidak memberikan foul kepada pasukannya setelah Bruno Fernandes dikasari. Ia telah menyebabkan Southampton menjaringkan gol menerusi gol sendiri Fred kerana percubaan Che Adams yang terbias padanya.
United terikat seri 1-1 dengan Southampton di St Mary. Solksjaer mengkritik corak permainan lawan yang kasar.
Beliau dengan spesifik membangkitkan kekasaran Jack Stephens terhadap Fernandes yang tidak dihukum. Ole tidak pasti sama ada musim lalu kesalahan itu akan dibenarkan.
EPL telah mengubah garis panduan VAR mereka musim ini dan memberikan pengadil lebih kuasa berbanding dengan musim lalu. VAR digunakan dalam menilai insiden itu, namun tidak ada foul diberikan.
Ole Gunnar Solskjaer says recent Premier League rule changes must not turn football into rugby after Southampton's contentious goal in Sunday's 1-1 draw with Manchester United.
— Sky Sports (@SkySports) August 23, 2021
Fernandes malah dilayangkan kad kuning kerana protesnya kepada pengadil.
“Kami harus lebih baik dalam situasi itu, apabila foul tidak diberikan, kami harus memastikan kami menyekat percubaan mereka, meletakkan pemain di bahagian pertahanan dan memastikan mereka tidak mendapat sasaran.”
“Agak malang kerana bola itu terbias pada Fred. Dia patut menghalang bola itu lebih baik bukannya memusingkan kakinya.”
“Namun itu [Stephens ke atas Fernandes] jelas satu foul. Dia terus menerjah Bruno menggunakan pinggul dan dan tangannya menolak.”
“Saya bukanlah risau. Kerana kalau kita lihat, kita tak boleh terlalu ekstrim macam musim lalu, daripada seperti bola tampar kepada bola keranjang, kini kita berubah menjadi ragbi pula.”
“Saya suka cara dengan pengadilan yang tidak terlalu ketat [seperti musim lalu], ia akan membawak kepada lebih banyak bola sepak lelaki sebenar. Tetapi tetap juga itu adalah foul.”
Secara statistik Southampton melakukan 12 kekasaran, manakala Man United pula melakukan 10 kekasaran. Southampton mendapat 2 kad disiplin, manakala Man United ada 3.
Mengulas tentang jumlah kekasaran di atas padang. Ole Gunnar Solskjaer mengakui pasukannya turut melakukan beberapa terjahan kasar dan pada masa yang sama mereka turut mendapat terjahan daripada lawan.
Baca juga artikel
Sagna: ‘Tengok Arsenal Sekarang Terus Fikir Kalah Dan Lepaskan Bolos Bodoh’
Arteta Puji Prestasi Arsenal, Peminat Kemudian Serangnya Di Luar Stadium