Manchester United tampil dengan prestasi luar biasa selepas membelasah Leeds 5-0 dalam perlawanan pertama.

Namun ceritanya berbeza di St Mary. Di mana mereka hampir dimalukan oleh Southampton. Berterima kasih kepada Mason Greenwood yang menyelamatkan 1 mata — daripada hilang kesemua 3 mata.

Southampton ditekan sejak daripada awal perlawanan. Namun begitu Man United kali ini tidak mendapat ruang yang besar seperti aksi sebelum ini. Anthony Martial menerima sungkitan Bruno Fernandes, tetapi kawalan beliau tidak kemas dan terlepas peluang keemasan.

Walaupun Man United melakukan lebih banyak percubaan namun dari segi percubaan tepat kedua dua pasukan masing masing 3 untuk tuan rumah dan 4 untuk pasukan pelawat

Ternyata prestasi Man United kali ini sangat berbeza daripada perlawanan pertama.

Southampton malah di hadapan menerusi gol Che Adams pada separuh masa pertama. Bruno Fernandes hilang bola terlalu mudah. Che Adams dengan bijak menewaskan Fred untuk mendapat ruang bagi melakukan rembatan.

Southampton masuk ke bilik persalinan dengan pendahuluan 1-0.

Pada separuh masa kedua,  Man United berjaya mendapat gol penyamaan. Pogba dan Fernandes melakukan pertukaran hantaran dalam kotak penalti. Pogba sekali lagi mencipta assist, selepas melakukan 4 assist dalam perlawanan pertama.

Pogba menolak bola kepada Greenwood yang melepaskan rembatan menewaksan Alex McCarthy.

Solskjaer kemudian menasukkan pemain £73 juta, Jadon Sancho untuk menggantikan Anthony Martial yang sangat hambar aksinya.

Tetapi kemasukan Sancho tidak langsung mengubah nasib United. Sebaliknya Southampton yang beterusan mencipta peluang gol. De Gea berkerja keras untuk menyelamatkan Adam Armstrong.

Southampton mungkin sedikit kecewa kerana tidak dapat membuat kejutan dalam aksi kali ini dengan tempo yang mereka lakukan pada separuh masa kedua.

Tamat perlawanan, Man United seri di St Mary.

https://twitter.com/TimesFootball_/status/1429457972074143753

Baca juga artikel

Berbatov: “Arsenal Akan Memulakan Musim Ini Dengan Buruk Sekali”

EPL: Manchester City Belasah Norwich, Jack Grealish Buka Akaun Gol

EPL: Liverpool Atasi Burnley Di Anfield, Jota Dan Mane Skor