Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) semalam mengesahkan negara itu telah dicalonkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebagai tuan rumah Kejohanan Piala Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) yang akan berlangsung pada tahun 2021.
Mereka akan bersaing dengan Arab Saudi, Bahrain dan Emeriah Arab Bersatu (UAE) yang turut mengemukakan bidaan untuk menjadi penganjur bersama bagi kejohanan itu. FIFA juga turut mencalonkan dua negara dari Amerika Selatan, Peru dan Brazil yang masing-masing menyatakan minat menjadi tuan rumah.
PSSI secara resmi mengajukan Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia U-20 2021. Indonesia akan bersaing dengan Peru, Brasil dan tiga negara Arab yang menjadi tuan rumah bersama; Bahrain, Arab Saudi dan Uni Emirat Arab.
Selengkapnya: https://t.co/xUxqBNeXHz#PSSINow #KitaGaruda pic.twitter.com/scaCrnpzY5
— PSSI (@PSSI) September 2, 2019
“Lapan negara telah menyatakan minat untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia U-20 2021. Mereka telah menyerahkan semua dokumen mengikut syarat yang diperlukan sebelum 21 Jun.
“Beberapa negara memilih untuk menjadi tuan rumah bersama, 5 calon yang dipilih ini telah membentangkan proposal mereka pada 30 Ogos ini,” kata kenyataan daripada FIFA.
Bagi benua Asia, Arab Saudi pernah menjadi tuan rumah pada tahun 1989 manakala UAE pernah menganjurkannya pada tahun 2003. Bagi acara tahun ini, Poland telah dipilih sebagai tuan rumah.
Negara yang berjaya menjadi tuan rumah akan diumumkan di Shanghai, China pada bulan Oktober ini. Bagaimanapun, Indonesia bukan satu-satunya negara dari Asia Tenggara yang membida hak tuan rumah. Sebelum ini, Thailand dan Myanmar turut berminat untuk menjadi tuan rumah bersama namun tidak dicalonkan.
Tinggal 2 hari lagi skuad Harimau Malaya akan menentang Indonesia dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022. Klik pautan di bawah untuk baca artikel yang lebih menarik.
Indonesia Hilang Khidmat Dua Pemain Naturalisasi Sebelum Hadapi Malaysia
Sumareh Tak Sabar Turun Beraksi Di Stadium Gelora Bung Karno
Matthew Davies Yakin Posisi Pertahanan Kanan Miliknya, Sedia Bertarung Di Gelora Bung Karno