Menjelang perlawanan penting bertemu Indonesia 5 September nanti, persaingan untuk mengisi posisi bek kanan skuad kebangsaan Malaysia diantara 3 pemain terutamanya Matthew Davies, Syahmi Safari dan mungkin juga Dominic Tan adalah cukup tinggi.

Seperti yang kita dapat lihat dalam perlawanan persahabatan bertemu Jordan, Matthew Davies dilihat seolah-olah menjadi pilihan utama ketua jurulatih Tan Cheng Hoe, namun beliau masih cuba untuk memberi peluang kepada Syahmi Safari bagi melihat prestasinya untuk posisi tersebut.

VocketFC berpeluang untuk bertemu dengan Matthew Davies selepas tamat perlawanan untuk mendapatkan maklum balas mengenai persaingan untuk merebut posisi bek kanan Harimau Malaya bagi perlawanan penting itu nanti.

69590121_2353213434775407_7818285975733272576_o

“Syahmi merupakan pemain yang bagus, saya yakin dia akan memberikan persaingan yang sihat kepada saya.

“Saya sudah bersama pasukan kebangsaan lebih kurang 4,5 tahun, dan saya yakin dengan diri saya sendiri untuk kekal menjadi pilihan untuk posisi itu.” katanya dengan penuh semangat.

Jika dibandingkan dengan corak permainan kedua-dua pemain ini, tidak banyak yang memisahkan mereka dimana kedua-duanya merupakan pemain yang gemar melakukan overlapping untuk membantu melancarkan serangan ke kubu lawan.

matthew davies

Selain itu, apabila diajukan soalan berkaitan dengan persiapan mental beliau sendiri secara individu menjelang pertembungan dengan Indonesia nanti, Matthew Davies menjelaskan bahawa ia sesuatu yang agak sukar sebenarnya.

“Ia sesuatu yang sukar sebenarnya, tetapi kami mempersiapkan diri untuk sebarang kemungkinan yang buruk, kita tahu bahawa kita akan berada dalam hostile environment, namun kami bersedia untuk itu.

Tan Cheng Hoe menyenaraikan 24 pemain ke Jakarta untuk perlawanan pembukaan pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia 2022 di Stadium Utama Gelora Bung Karno dan mereka akan berlepas pada 3 September 2019.

Andik Vermansah Mahu Balas Dendam Kekalahan Skuad U18 Indonesia

Ponaryo Astaman: Barracuda Dari Hotel Ke Stadium Sekadar Permainan Psikologi Pasukan Malaysia

Hong Kong Atur Perlawanan Persahabatan Menentang Malaysia Pada Bulan Oktober