Menjelang perlawanan sulung kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Malaysia pada 5 September ini, skuad Indonesia terpaksa melupakan khidmat dua pemain naturalisasi mereka bagi memperkuatkan pasukan tersebut.

Beberapa hari lalu, pemain tengah kelahiran Nigeria, Greg Nwokolo dilaporkan mengalami kecederaan ketika perlawanan persahabatan menentang Persika. Justeru itu, pengendali pasukan Indonesia, Simon McMenemy terpaksa memanggil pemain import Pahang, Saddil Ramdani bagi menggantikan tempatnya.

Ini kali pertama Saddil mendapat panggilan untuk menyertai skuad senior Indonesia dan pemilihannya adalah berdasarkan prestasi cemerlang pemain itu yang membantu skuad tok gajah mara ke peringkat suku akhir lebih awal dalam saingan Piala Malaysia minggu lalu.

Kehadiran Saddil turut memberi sedikit kelebihan kepada Indonesia kerana sudah mengetahui kekuatan empat pemain Malaysia yang juga merupakan rakan sepasukannya dalam skuad Pahang iaitu Norshahrul Idlan Talaha, Mohamadou Sumareh, Azam Azih dan Matthew Davies.

https://www.instagram.com/p/B1xVGzZABzd/?utm_source=ig_embed

Seorang lagi pemain naturalisasi yang digugurkan daripada skuad itu ialah pertahanan tengah kelab Persebaya Surabaya, Otavio Dutra. Hal ini kerana proses dokumentasi beliau untuk mendapatkan taraf warganegara Indonesia masih belum diluluskan oleh Kementerian Hukum dan Hak Asasi Manusia (Kemenkumham).

Walaupun Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) sudah mendaftar nama pemain tersebut untuk perlawanan menentang Malaysia dan Thailand, namun Otavio Dutra belum mempunyai passport dan kad pengenalan Indonesia.

“Ya, pasportnya belum selesai. Jadi, saya terpaksa gugurkan namanya dan menggunakan barisan pemain yang sedia ada,” kata Simon McMenemy seperti dipetik dalam Bolalob. 

Bagaimanapun, McMenemy masih mempunyai beberapa pemain yang boleh diharapkan untuk beraksi di posisi pertahanan tengah seperti Hansamu Yama, Yanto Basna, Victor Igbonefo dan Ricky Fajrin.

Pembantu jurulatih Persebaya, Bejo Sugiantoro turut mengesahkan proses naturalisasi pemainnya itu belum selesai dan mempersoalkan tindakan PSSI terburu-buru memanggilnya untuk memperkuatkan timnas Indonesia.

“Dutra naturalisasinya belum sah. Kalau begitu kenapa dia dipanggil ke timnas, lebih baik kekal di Persebaya ikut main lawan Bhayangkara FC (dalam Liga Indonesia),” katanya.

SENARAI TERKINI 24 PEMAIN SKUAD INDONESIA

  • Penjaga Gol
    Andritany Ardhiyasa
    Teja Paku Alam
    Angga Saputra
  • Pertahanan
    Ricky Fajrin
    Hansamu Yama
    Yanto Basna
    Yustinus Paew
    Ruben Sanadi
    Andika Wijaya
    Victor Igbonefo
  • Tengah:
    Andik Vermansah
    Evan Dimas
    Febri Haryadi
    Bagus Khafi
    Manahati Lestusen
    Rizky Pellu
    Stefano Lilipaly
    Zulfiandi
    Irfan Jaya
    Irfan Bachdim
    Saddil Ramdani
  • Penyerang:
    Ferdinand Sinaga
    Beto Goncalves
    Osas Saha

Baca lebih lanjut untuk mengetahui perkembangan terkini perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia.

Andik Vermansah Mahu Balas Dendam Kekalahan Skuad U18 Indonesia

PSSI Panggil Saddil Ramdani Ganti Tempat Greg Nwokolo

Harga Sebenar Tiket Penyokong Malaysia Di Stadium Utama Gelora Bung Karno Adalah RM116.75 Sekeping!

Sumber