Pemain sayap kelahiran Gambia, Mohamadou Sumareh mengakui tidak sabar turun beraksi di hadapan ribuan penyokong di Stadium Gelora Bung Karno pada 5 September ini apabila kecederaan di bahagian pangkal pahanya dilaporkan semakin pulih.

Beliau yang tidak beraksi dalam tiga perlawanan termasuk aksi persahabatan menentang Jordan baru-baru ini tekad bantu Malaysia untuk membawa pulang tiga mata penuh jika disenaraikan dalam kesebelasan utama.

“Saya harap untuk beraksi semula dengan secepat mungkin setelah terlepas dua perlawanan Piala Malaysia dan kekalahan 0-1 dengan Jordan pada perlawanan persahabatan itu.

“Bermain dengan Indonesia di hadapan ribuan penyokong tuan rumah bukan mudah dan sudah pasti ia sengit tetapi saya yakin dengan rakan sepasukan untuk memperoleh keputusan positif,” katanya seperti dipetik dalam Bernama.

69294265_2354121784684572_3169337714398986240_o
Sumareh menjalani latihan bersama rakan sepasukan. FOTO: FAM

Sementara itu. pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berkata pihaknya akan terus memantau perkembangan kecederaan Sumareh untuk memastikan pemain sayap Pahang itu benar-benar sudah bersedia dari segi fizikal dan mental.

“Saya sedang memantau perkembangan Sumareh dan nampaknya beliau menunjukkan tanda positif untuk pulih. Kita harap beliau pulih sepenuhnya sebelum perlawanan dengan Indonesia nanti,” katanya.

Tiga pemain dari senarai awal 27 pemain menyertai latihan pusat bermula 25 Ogos lalu yang telah digugurkan iaitu Ahmad Hazwan Bakri (JDT), Mohd Faiz Mohd Nasir (Selangor) dan Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew (PKNS FC).

Hazwan tidak dipilih kerana kekurangan minit permainan bersama kelabnya manakala Faiz Nasir dikatakan kurang sihat dan badan lemah. Jafri Firdaus Chew pula gagal memikat Tan Cheng Hoe ketika dalam sesi latihan.

Selepas menentang Indonesia, Malaysia akan berdepan dengan pasukan gergasi Asia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada perlawanan kedua peringkat kumpulan kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 September.

3 hari lagi menjelang perlawanan ‘El-klasiko Asia Tenggara’ di antara Malaysia menentang Indonesia. Klik pautan dibawah untuk mengetahui perkembangan terkini.

Matthew Davies Yakin Posisi Pertahanan Kanan Miliknya, Sedia Bertarung Di Gelora Bung Karno

Kelayakan Piala Dunia 2022: Hanya 41 Tiket Untuk Penyokong Malaysia Terjual Setakat Ini

Indonesia Hilang Khidmat Dua Pemain Naturalisasi Sebelum Hadapi Malaysia

Sumber