Minggu lalu, Setiausaha Agung Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Ratu Tisha mengesahkan pihaknya menyediakan 3000 tiket untuk para penyokong dari Malaysia yang akan hadir di Stadium Gelora Bung Karno (SUGBK) pada 5 September ini untuk menyaksikan perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di antara skuad Garuda menentang Harimau Malaya.

Bagaimanapun, berdasarkan maklumat yang dikongsikan oleh portal bola sepak Indonesia, hanya 41 tiket yang diperuntukkan untuk penyokong Malaysia telah terjual setakat semalam.

https://www.instagram.com/p/B103Lw3ALcH/?igshid=kcvl6pg1p2d3

Melalui pengumuman di laman sosial rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), harga bagi sekeping tiket di SUGBK adalah RM112.75 sekeping dan tempat duduk boleh dipilih semasa membuat tempahan. Tempahan tiket boleh dibuat melalui pautan disini.

Namun harga itu masih belum lagi termasuk dengan caj tempahan sebanyak RM4 yang dikenakan pada halaman check-out menjadikan jumlah harga bagi sekeping tiket untuk penyokong dari Malaysia di SUGBK adalah RM116.75 sekeping.

Screenshot 2019-08-29 at 11.34.24 PM

Sejak minggu lalu, sekitar 32,000 keping tiket telah terjual untuk penyokong Indonesia bagi perlawanan ini pada 5 September nanti dan mungkin akan sold-out menjelang hari perlawanan.

Ketika ini, PSSI sudah pun menjual tiket perlawanan melalui laman web rasmi mereka. Harga tiket bermula pada Rp123k (RM35) hingga Rp750k (RM220) untuk tempat duduk VIP. Ratu Tisha turut menjelaskan PSSI juga sudah menyiapkan keperluan logistik dan persiapan untuk menyambut kedatangan VIP dari Malaysia.

4 hari lagi menjelang perlawanan ‘El-klasiko Asia Tenggara’ di antara Malaysia menentang Indonesia. Klik pautan dibawah untuk mengetahui perkembangan terkini.

Matthew Davies Yakin Posisi Pertahanan Kanan Miliknya, Sedia Bertarung Di Gelora Bung Karno

Indonesia Hilang Khidmat Dua Pemain Naturalisasi Sebelum Hadapi Malaysia

Andik Vermansah Mahu Balas Dendam Kekalahan Skuad U18 Indonesia