Penyerang kelab Ligue 1, Girondins de Bordeaux iaitu Hwang Ui-jo perlu menyertai kem latihan tentera yang dijadualkan bakal berlangsung selama empat minggu.

Saingan Ligue 1 sedang dihentikan buat sementara waktu ekoran penularan wabak Coronavirus (COVID-19) dan Ui-jo digesa untuk segera menyertai kem latihan tentera agar tidak menjejaskan tempoh beliau bersama Bordeaux.

Latihan tentera yang diwajibkan oleh kerajaan Korea Selatan perlu diselesaikan sebelum 31 Disember tahun ini namun Ui-jo masih belum mempunyai tarikh tepat mengenai bila beliau akan menyertai kem tersebut.

Sebelum ini, rakan sepasukan Hwang Ui-jo, Son Heung-min juga akan menyertai kem latihan di Pulau Jeju pada 20 April ini.

Hwang
Sumber Gambar: TaegeukWarriors.com

Menurut undang-undang Korea Selatan, setiap pemuda yang berbadan sihat perlu melaporkan diri untuk khidmat negara itu sebelum hari jadinya yang ke 28.

Meskipun Ui-jo dan Heung-min min berjaya memenangi pingat emas dalam temasya Sukan Asia 2018 lalu, mereka tidak akan diberikan pelepasan penuh. Berbeza dengan kejuaraan Olimpik yang diberikan pengecualian penuh atas budi bicara.

Baca artikel lain mengenai Hwang Ui-jo di sini:

Hwang Ui-jo Disifatkan Sebagai Rekrut Terbaik Girondins de Bordeaux Musim Ini

Bordeaux Semakin Hampir Tandatangani Hwang Ui-jo

4 Pemain Piala Dunia Korea Selatan Tersenarai Dalam Skuad Bola Sepak Sukan Asia 2018