Ketua pasukan Manchester United, Harry Maguire menegaskan kelab tersebut perlu menjulang kejuaraan sebagai jawapan terbaik terhadap kritikan yang dilemparkan terhadap skuad pimpinannya itu.

Kali terakhir The Red Devils meraih kejayaan adalah pada musim 2016/17 dimana mereka yang ketika dibimbing Jose Mourinho berjaya muncul selaku juara Liga Europa dan Piala Liga.

Dengan aksi cemerlang dijelmakan pada musim ini termasuklah ketika membelasah Southampton 9-0 tempoh hari, Manchester United dilihat mampu untuk menjadi pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), Piala FA dan Liga Europa.

Sehubungan dengan itu, Maguire yang menyertai United pada musim lalu dengan yuran perpindahan bernilai £80 juta sehingga menjadikannya sebagai pemain pertahanan termahal di dunia, optimis dengan peluang pasukannya dan tidak menghiraukan kritikan terhadapnya.

“Saya menikmatinya. Saya tidak kisah tentang perkara itu [kritikan dilemparkan],” ujar Maguire menurut laporan yang dikeluarkan oleh Goal.

“Apabila saya menjulang trofi pertama bersama kelab ini, saya akan memberikan senyuman lebar di wajah saya kerana mengetahui ramai orang yang tidak mahu kami melakukannya [menjulang piala].”

“Kami adalah kelab yang paling banyak diperkatakan dalam dunia ini. Ramai orang tidak mahu melihat kami melakukan yang terbaik.”

“Ramai orang mahu melihat kami gagal, saya memang dah biasa dengan perkara tersebut sekarang ini,” tambah Harry Maguire lagi.

Manchester United pada ketika ini ketinggalan tiga mata di belakang musuh tradisi, Manchester City yang masih kekurangan satu perlawanan untuk berada di tangga kedua saingan EPL selepas mengharungi 22 perlawanan.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

Lelaki Poland Ini ‘Exchange’ Jersi AS Roma Dengan Rakannya Untuk Miliki Jersi Selangor Musim 2013

Impak PKP, Akademi Futsal Di Manjung Ini Ambil Inisiatif Jual Ayam Goreng

Keisuke Honda Tandatangani Kontrak Bersama Portimonense SC

Sumber