Bekas pemain skuad kebangsaan Jepun, Keisuke Honda dilaporkan telah menandatangani kontrak bersama kelab Liga Portugal, Portimonense SC.
Menurut perkongsian wartawan Japan Times, Dan Orlowitz di laman media sosial Twitter, Honda telah menandatangani kontrak jangka masa pendek iaitu selama enam bulan bersama bekas kelab Safawi Itu.
Keisuke Honda has announced via the NowVoice app that he's signed a half-year deal with Portimonense.
— Dan Orlowitz (@aishiterutokyo) February 4, 2021
Honda sebelum ini beraksi bersama kelab Brazil, Botafogo namun beliau tidak dapat menampilkan prestasi sebenar setelah dunia dilanda pandemik COVID-19.
Pemain berusia 34 tahun itu kemudiannya mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak bersama Botafogo dengan alasan masalah keluarga selain menerima tawaran dari kelab Eropah.
Selain mendapatkan khidmat Honda, Portimonense juga dikhabarkan semakin hampir untuk menandatangani pemain muda Korea Selatan, Lee Seung-woo secara pinjaman dari kelab Belgium, Sint-Truidese.
Ketika ini, terdapat dua pemain dari Jepun dalam skuad Portimonense iaitu pemain pertahanan, Kiko Anzai dan penjaga gol, Kosuke Nakamura.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Keisuke Honda di sini:
Portimonense SC Dijangka Bersetuju Bawa Honda Keisuke Beraksi Untuk Baki Musim 2020/2021
Keisuke Honda Gesa Kerajaan Brazil Tidak Terburu-Buru Sambung Aktiviti Bola Sepak
Keisuke Honda Lakar Sejarah, Jadi Pemain Pertama Cipta Jaringan Di 5 Benua Berbeza