Pemain terkenal Jepun, Honda Keisuke dilaporkan oleh beberapa media dari negara itu akan menyertai kelab Portimonense SC dengan kontrak setengah musim sehingga tamat aksi 2020/2021.

Menurut laporan dari Sponichi Annex, kontrak itu bagaimana pun memiliki pilihan lanjutan kontrak berdasarkan klausa-klausa yang telah ditetapkan untuk bekas pemain Botafogo itu beraksi dalam sainga liga bola sepak Portugal.

Artikel itu juga ada menyatakan bahawa Rodiney Sampaio melalui satu temu bual radio tempatan memberitahu Honda Keisuke masih memiliki nilai tersendiri serta mengakui pasukan mana yang tidak mahukan pemain seperti beliau.

“Masih ada sedikit lagi butiran yang perlu diselesaikan, dan berharap semoga kami dapat mencapai persetujuan secepat mungkin.”, jelas Rodiney Sampaio lagi.

Keisuke Honda yang memiliki kontrak bersama Botafogo sehingga akhir bulan Febuari 2021, menamatkan kontrak tersebut lebih awal kerana masalah keluarga selain menerima beberapa tawaran dari kelab di eropah.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

Media Jepun Dedahkan Bekas Pemain Kashima Antlers, Masashi Motoyama Setuju Sertai Kelantan United

“Bos BG Pathum United Tahu Saya Bukan Scorer, Tapi Mahu Saya Curahkan Pengalaman Kepada Pasukan.” – Mat Yo

Media Thailand Dedahkan Police Tero FC Dan Sumareh Berpisah, Tiada Kontrak Lanjutan Selepas 111 Minit Beraksi

Sumber