Penyerang skuad kebangsaan, Safawi Rasid dilaporkan bakal berhijrah ke eropah menyertai kelab dari liga Portugal iaitu Portimonense S.C. menurut laporan daripada portal bola sepak negara itu, Ojogo.
Kelab kendalian Paulo Sergio itu dikatakan telah bersetuju dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menandatangani safawi dengan beberapa klausa tambahan yang ditetapkan namun tidak mendedahkan jumlah yuran perpindahan tersebut.
According to Portuguese daily sport O Jogo, Safawi Rasid has agreed to join Portimonense.https://t.co/zgkdhoZS76 pic.twitter.com/Fbe6myCbGF
— Harimau Abroad🐯🇲🇾✈️ (@harimau_abroad) August 25, 2020
Portimonense S.C juga telah lama mengikuti perkembangan Safawi selama 6 bulan dan mereka menyifatkan pemain yang berusia 23 tahun itu merupakan antara pemain muda paling berbakat di Asia.
Prestasi cemerlang Safawi ketika dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 turut menarik minat mereka untuk menandatangani pemain tersebut.
Malah, laporan berita dari Portugal itu turut menyebut Portimonense telah mencapai persetujuan lisan semalam hasil perbincangan wakil kelab, Theodoro Fonseca bersama pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ).
Um reforço que promete: Golden Boy da Ásia chega para o ataque do Portimonense https://t.co/zZzj1dGqsn
— O Jogo (@ojogo) August 25, 2020
Selain itu, pengurus pasukan, Paulo Sergio juga kini sedang mencari seorang lagi pemain sayap untuk beraksi pada musim baharu sekaligus menguatkan lagi khabar angin mengenai perpindahan Safawi ke Liga Portugal.
Sehingga artikel ini ditulis, belum ada kenyataan rasmi daripada kedua-dua kelab itu dan jika perpindahan ini menjadi kenyataan, ia adalah berita yang cukup mengembirakan bagi peminat bola sepak tempatan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan pemain Malaysia di luar negara melalui pautan dibawah.
Hadi Fayyadh Menyinar, Jaringkan Hatrik Untuk Skuad Senior Fagiano Okayama