Keraian pemain Portimonense, Yago Cariello dalam aksi Liga Portugis baru baru ini telah menimbulkan perdebatan di kalangan peminat bola sepak di Portugal.
Telatah warga Brazil itu menimbulkan reaksi berang daripada penyokong lawan dan juga media. Ini kerana dia telah memprovokasi penyokong Vitoria dengan keraian golnya.
Dalam bola sepak, perbuatan memprovokasi penyokong adalah sangat dilarang kerana ianya boleh mencetuskan kekecohan di dalam stadium melibatkan puluhan ribu penyokong.
Keraian pemain portimonense, Yago Cariello dengan mengambil bendera sudut dan kemudian melakukan aksi menembah penyokong Vitoria d Guimaraes. Keraian Yago Cariello itu terus menimbulkan suasana tegang di dalam stadium.
Namun Yago Cariello ada alasan tersendiri tentang kenapa dia meraikan gol minit ke-88, yang kontroversi ketika kemenangan 2-1 pasukannya ke atas Vitoria de Guimaraes.
Yago cuba menjelaskan keraian golnya, mendakwa bahawa ia bukan ditujukan kepada semua penyokong Vitoria. Tetapi dia mensasarkan ‘tembakan’ itu kepada beberapa penyokong yang rasis.
Terdapat beberapa penyokong telah menyasarkan pemain Portimonense dengan perlekehan perkauman yang teruk diterima rakannya yang berkulit hitam.
Tidak tahan mendengar perlekehan tersebut, Yago Cariello memberikan aksi sinis ketika keraian golnya.
Cariello sedar, ada ramai pihak salah anggap dan salah tafsiran ke atas keraiannya pada hari itu. Dia menjelaskan dia tidak menunjukan keraian itu secara umum kepada semua penyokong Vitoria.
Dia malah menghomarti penyokong lawan mereka itu. Namun keraian itu ditujukan kepada mereka yang tertentu.
Cariello berkata: “Hari ini, kami semua melebihi diri kami sendiri, tetapi saya tidak menembak semua penyokong Vitória, yang saya hormati, saya hanya mempunyai reaksi terhadap perkauman dilakukan beberapa orang, di mana mereka meludah dan mengutuk rakan sepasukan saya dengan cara yang prejudis,” jelas Cariello.
Yago memang nampak menyesali sambutannya pada masa itu. Ini selepas seorang pemain Vitoria bertindak balas dengan marah, dia terus mengangkat tangannya dengan cara meminta maaf, nampaknya menyedari bagaimana tindakannya mungkin salah ditafsirkan oleh pemain lawan.
Dia tidak membantah kecaman yang dia terima ketika itu, dan terus menghentikan keraiannya.
Baca juga artikel:
EPL: Manchester United Tewaskan Liverpool, Ten Hag Nikmati Kemenangan Pertama Yang Bermakna
EPL: Manchester City Seri Dengan Newcastle Di St James’ Park