Manchester City seri dengan Newcastle dalam aksi yang penuh mendebarkan. Di mana City akhirnya keciciran mata. Sekaligus tinggal cuma Arsenal sahaja yang berjaya mengekalkan rekod permulaan sempurna selepas 3 perlawanan.
Pep Guardiola sempat memuji lawannya sebagai salah satu lawan paling sukar pernah ditentang mereka.
Manchester City berhempas pulas untuk mengejar Newcastle bagi menyelamatkan 1 mata dari St James’ Park. Pasukan Pep Guardiola berada dalam bahaya kekalahan liga pertama sejak Februari selepas ketinggalan 3-1 pada separuh masa kedua di St James’ Park.
Tetapi Erling Haaland mencetuskan kebangkitan City dengan gol ketiganya untuk kelab itu sebelum gol penyamaan Bernardo Silva memastikan City seri dengan Newcastle.
City di tempat kedua kekal tidak tewas dengan tujuh mata daripada tiga perlawanan pertama mereka, mereka kini dua mata di belakang pendahulu Arsenal selepas 3 perlawanan.
Walaupun Guardiola kelihatan resah dengan cara City ketika mereka digasak oleh Newcastle. Namun Guardiola sedikit lega apabila mereka tetap mampu bangkit dan seri.
Itu menjelaskan kenapa mereka masih kekal sebagai pasukan pilihan dalam kejuaraan liga kali ini.
City hanya memerlukan lima minit untuk mendahului apabila Silva bijak menggunakan ruang untuk menghantar lintang ke arah Ilkay Gundogan yang tidak dikawal, dan pemain itu merembat masuk.
Newcastle menyamakan kedudukan pada minit ke-28 apabila hantaran silang Allan Saint-Maximin disambut oleh Miguel Almiron, dengan gol itu dihadiahkan oleh VAR selepas bendera ofsaid pada mulanya diangkat penjaga garisan.
Setelah dibolosi buat kali pertama dalam liga musim ini, pertahanan City kembali dibolosi pada minit ke-39.
Saint-Maximin menjadi penyeksa City sekali lagi dengan larian dan hantaran cemerlang kepada Callum Wilson, yang mengatur lariannya dengan sempurna untuk melepasi Ederson.
Kieran Trippier menjaringkan gol ketiga Newcastle dengan sepakan percuma menakjubkan yang tepat menerjah sudut atas selepas 54 minit.
Tetapi Haaland mengurangkan defisit dengan rembatan jarak dekat dalam keadaan kucar kacir di hadapan gol selepas aksi separuh masa pertamanya yang agak mengecewakan.
Daripada kekecewaan yang mendalam, akhirnya City mendapat talian hayat untuk menang, apabila Silva menjaringkan gol penyamaan pada empat minit kemudian dengan penyudah yang sempurna, selepas menerima hantaran daripada Kevin De Bruyne.
Trippier terlepas kad merah apabila bek kanan itu menendang De Bruyne, dengan VAR membuatkan Jarred Gillett untuk membatalkan kad merah.
Tamat perlawanan, City seri dengan Newcastle 3-3.