Bintang baharu Liverpool, Darwin Nunez meraikan kejayaan peribadinya dipilih sebagai Pemain Terbaik Liga Portugal untuk musim 2021/22.

Pemain antarabangsa Uruguay itu cemerlang bersama kelab lamanya Benfica.

Selain daripada Anugerah Pemain Terbaik Tahunan, Nunez juga merangkul Anugerah Kasut Emas Liga Portugal selaku Penjaring Terbanyak.

Nunez mencetak 26 gol dalam Liga Portugal pada musim lalu.

Nunez menewaskan pemain seperti Luis Diaz yang tercalon dalam perebutan Anugerah Pemain Terbaik Tahunan Liga Portugal, walaupun dia meninggalkan Liga Portugal pada pertengahan musim.

Darwin Nunez akan memulakan era baharu serangan Liverpool selepas Sadio Mane keluar ke Bayern Munich.

Mohamed Salah menyatakan bahawa beliau sudah tak sabar untuk bergandingan dengan Nunez.

Nunez meraikan kejayaan menjadi Pemain Terbaik Liga Portugal pada harijadinya ke-23.

Darwin Nunez dikenali dengan gaya permainannya yang pantas dan lasak. Oxlade Chamberlain menegaskan bahawa, Darwin Nunez mirip kepada permainan Luis Diaz. Pemain yang memiliki kekuatan atletik, kepantasan, lasak dan sangat kuat.

Nunez dibawa masuk dari Benfica dengan harga €75 juta dengan bayaran tambahan €25 juta dalam bentuk bonus.

Liverpool turut memberikan kontrak jangka panjang kepada Nunez selama enam tahun.

Nunez juga diberikan nombor jersi 27 di Liverpool yang ditinggalkan oleh Divock Origi.

Nunez mengakui sangat gembira selepas menyertai The Reds.

Penyerang berusia 22 tahun itu turut menyatakan bahawa dia bersemangat menyertai Liverpool kerana ianya sebuah kelab yang besar.

Beliau juga mahu memenangi banyak trofi bersama Liverpool mulai musim depan. Selain itu Nunez yakin Liverpool menepati corak permainannya.

“Sangat bagus berada di sini di Liverpool dan saya sangat gembira menjadi sebahagian daripada kelab hebat ini, di sini mereka sesuai dengan gaya permainan saya,” kata Nunez kepada laman rasmi Liverpool.

“Saya di sini kerana saya mahu memenangi banyak trofi bersama Liverpool, sebab itu saya mahu menyertai kelab ini. Itu bagus.”