Sebuah media sukan Thailand mendedahkan bahawa pemain sensasi Malaysia yang kini bersama skuad Police Tero FC, Mohamadou Sumareh sah tidak akan dilanjutkan kontrak bersama pasukan itu.

Goal.com Thailand dalam artikel yang dikeluarkan semalam memberikan pengesahan bahawa Police Tero FC dan Sumareh ‘berpisah’ dan tidak akan bersama pasukan itu untuk baki saingan Thai League 1 pusingan kedua nanti.

Dalam artikel itu juga menyebut bahawa, berkemungkinan besar Mohamadou Sumareh akan pulang ke Malaysia dan menjelaskan bahawa ‘perpisahan’ itu adalah kerana kontrak lanjutan tidak diberikan kepada pemain naturalisasi pertama Malaysia itu.

Berdasarkan statistik penampilan Sumareh bersama Police Tero FC, beliau telah turun beraksi selama 111 minit dan tidak merekodkan sebarang gol sejak menyertai skuad itu pada bulan September lalu.

Artikel itu juga menyebut bahawa Sumareh kerap mengalami kecederaan dan turun beraksi dalam keadaan tidak bersedia 100%.

Penyertaan Sumareh bersama pasukan Police Tero FC diselubungi isu panas membabitkan bekas majikan beliau sebelum ini iaitu Pahang FA dan ketika penyelesaian kes tersebut masih belum jelas, nampaknya Sumareh bakal kembali ke Malaysia tidak lama lagi.

Apakah sebenarnya yang berlaku disebalik cerita panas Sumareh dengan Pahang FA serta pendedahan tawaran kontrak dari pasukan Selangor FC?

Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi dari Police Tero FC untuk mengesahkan secara rasmi mengenai ‘perpisahan’ dengan Mohamadou Sumareh.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

TRW Kelantan FC ‘Reset’ Pasukan Untuk 2021, Guna 90% Pemain Skuad Piala Belia Dan Piala Presiden

RASMI: Fagiano Okayama Umumkan Lanjutan Kontrak, Hadi Fayyadh Kekal Di Jepun Buat Tahun Ke-3

Hantharwady United Umumkan Hein Htet Aung Sertai Pasukan Di Selangor Musim 2021?

Sumber