Selepas disahkan akan kembali ke Malaysia untuk menyertai pasukan Sarawak United bagi musim 2021, VOCKET FC cuba mendapatkan maklum balas Norshahrul Idlan Talaha mengenai pengalaman beliau sepanjang bersama kelab BG Pathum United.
“Terima kasih, dari awal saya sampai memang disambut dengan baik.”
“Mereka sangat memahami dan sentiasa memberikan semangat tidak berbelah bagi. Mereka tidak pernah mengharapkan score, menggelarkan saya sebagai kuda tua atau pemain veteran kerana didalam pasukan BG Pathum United, ramai pemain tempatan mereka yang sebaya dan lebih berusia dari saya.”
Saling Menghormati Dan Berinteraksi Dengan Baik.
Norshahrul juga menyifatkan keadaan dalam pasukan sangat baik dan budaya hormat-menghormati diantara satu sama lain dipraktikkan sangat tinggi.
“Budaya yang tinggi saling menghormati antara satu sama lain dimana saya dan keluarga amat selesa disini. Tidak semua fasih berbahasa Inggeris tetapi kami boleh berinteraksi dengan baik menggunakan telefon translator.”
“Di Thai League, banyak pengalaman yang saya tak boleh lupakan. Tiada yang pahit sebaliknya manis semuanya. Rakan sepasukan yang amat berdedikasi, kami ibarat keluarga sendiri saling memahami serta menghormati kekurangan dan kelebihan masing-masing membuatkan kami sempurna di BG Pathum United.”
Norshahrul juga turut menceritakan bahawa sawal ketibaannya di BG Pathum United sasaran mereka adalah untuk layak ke AFC Champions League (ACL).
“Bos (BG Pathum United) berjumpa saya pada hari saya tandatangan kontrak, dia tahu saya bukan scorer, tetapi dia mahu saya membantu untuk mencurahkan pengalaman saya bersama rakan sepasukan.”
“Dan akhirnya kami berjaya layak ke AFC Champions League. Saya mendoakan BG Pathum United akan muncul juara liga tahun hadapan.”
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ sediakan untuk anda.
TRW Kelantan FC ‘Reset’ Pasukan Untuk 2021, Guna 90% Pemain Skuad Piala Belia Dan Piala Presiden
Kerteh Sports City Sdn Bhd Ditubuhkan Untuk Mengurus Kemudahan Serta Prasarana Sukan Di Kerteh